Bahan-bahan perap
- ½ ekor ayam (bahagian dada atau bahagian paha)
- ½ sudu teh lada hitam
- 1 sudu minyak bijan
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap pekat
- 2 sudu madu
- 2 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- Garam secukup rasa
Bahan perasap
- 3 uncang teh hitam
- 3 sudu beras
- 3 sudu gula perang
- Bersihkan ayam terlebih dahulu.
- Gaulkan kesemua bahan-bahan perap.
- Ambil separuh dari campuran sos dan gaul dengan ayam. Perapkan selama beberapa minit.
- Sediakan tempat pengukus dan didihkan air pada api yang besar.
- Letakkan ayam di atas pengukus. Letakkan juga halia dan bawang putih untuk menaikkan aroma das rasa.
- Tutupkan pengukus dengan rapi dan kukus ayam selama 30 hingga 40 minit. (20-30 minit untuk bahagian dada)
- Setelah 40 minit, angkat ayam dari pengukus.
- Sapukan lebihan sos perapan pada yang dah dikukus.
- Sediakan perasap ayam dengan menggunakan pembalut aluminium
- Letakkan beras, teh hitam dan gula perang dalam aluminium foil dan gaulkan.
- Letakkan dalam kuali pada api yang besar sehingga berasap. Apabila sudah berasap, letakkan ayam dan jaring pengukus di atas bahan perasap dan tutupkan
- Apabila sos sudah kering, tambahkan satu lagi lapisan sos perapan. Rehatkan ayam dan biarkan sos menjadi kering.
Tips tambahan:
Simpankan lebihan air kukusan ayam dan sos perapan untuk dijadikan sup.
Catat Ulasan