Setiaku Disini



Selamat pengantin baru......selamat berbahgia....kedengaran lagu nyanyian puan sri saloma dicorong radio yang sedang dimainkan oleh anak-anak muda di bawah khemah.Hari ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidupku.Aku akan dinikahkan dengan pasangan yang aku cintai sejak 2 tahun kami berkenalan.

"aku nikahkan dikau farihin bin fariz dengan anak perempuanku fatihah binti musa dengan mas kawin sebanyak RM80.00 tunai".

"aku terima nikahnya fatihah binti musa dengan mas kawin sebanyak RM80.00 tunai".Sah?sah!.....

Dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi milik farihin buat selamanya.

Seperti pasangan pengantin baru yang lain kami telah pergi berbulan madu di sebuah pulau yang terletak di perak iaitu pulau pangkor.Disana kami menginap selama tiga hari dua malam.Semamsa kami berada disana aku sungguh gembira.Mana tidaknya lelaki yang aku cintai selama ini telah menjadi raja dihatiku buat selamanya.

Setelah tiga hari kami berbulan madu di pulau pangkor,kami pulang ke kuala lumpur."penatnya rasa badan
abang ni fatihah,boleh tolong picitkan tak?"

"boleh,abgkan suami fatihah.Takkan fatihah nak membantah pulak" dengan rasa sayang aku kepada suamiku,aku terus memicit keseluruh badannya.

"esok abang sudah mula bekerja tau fatihah.awak bila mula kerja pulak?"

"fatihah mula lusa bang,Oh ya minggu depan kita balik kampung nak?Fatihah rindu la kat ibu".

"nanti abang tengok jadual dulu,kalau tak sibuk boleh la.Tapi kalau sibuk abang mintak maaf".Suamiku bekerja di sebuah syarikat pengeluar minyak terbesar di malaysia.Manakala aku bekerja di sebuah syarikat guaman.

Kami hanya akan berjumpa pada waktu malam sahaja.Ini kerana tugas masing-masing terlalu sibuk.Suamiku kadang kala terpaksa kerja diluar daerah.Dan mungkin kerana kesibukkan kami bekerja sampai terlupa tentang anak.

"Abang masuk bulan ni kita dah hampir setahun berkahwin.Abang tak fikir ke kita patut kembangankan family kita ni?"

"Entahlah fatihah.Emak pun ada bertanyakan tentang hal ini.Pening kepala abang nak menjawab dengan mereka".

"Fatihah rasa dah sampai masanya kita fikirkan semua ni bang.Umur fatihah pun tahun depan dah menjangkau 27 tahun.Kalau boleh fatihah nak anak dalam usia begini la".

Aku baring bersebelahan suamiku.Dengan harapan suamiku faham akan maksudku ini.Aku sudah tidak tahan dengan segala tomahan saudara mara suamiku yang mengatakan aku yang tidak mahukan anak lagi.Sedangkan Suamiku yang tidak bersedia untuk menimang cahaya mata.

Hari berganti hari.tahun ini genaplah 2 tahun kami mendirikan rumahtangga."fatihah sampai bila kamu tak nak ada anak lagi ni.tahun ni sudah 2 tahun kamu berkahwin.Emak bukan ape,kalau ikut keturunan belah farihin semuanya subur-subur belaka.Lepas kawin terus dapat anak.Cuba kamu tengok kak ngah kau tu dah ada 2 orang anak sekarang.Padahal kamu kawin sama aje dengan kak ngah kau tu".

Masih terngiang-ngiang di telinga ku apa yang emak cakapkan di dapur petang tadi.Emak menyalahkan aku kerana tak ada anak lagi.Padahal semua ini adalah perancangan anaknya sendiri iaitu suamiku.

"abang sampai bila abang nak siksa saya begini,emak dah salahkan saya pasal anak.Emak cakap saya yang tak sedia nak anak lagi.Pasahal saya sudah bersedia dari kita kawin lagi".

"ala mak memang macam tu.Buat tak tau je.Lagi pun kerja abang ni ynag buat abang tak sedia nak anak lagi.Awak bersabar aje la.Nanti kalau abang dah sedia....cakap saja berapa awak nak....."Suamiku menyakatku.Dalam hati ini hanya tuhna yang tahu bagaimana hati seorang isteri yang mahukan zuriat.

"farihin mak nak cakap sesuatu dengan kamu ni.Mari duduk sekejap".

"Ada apa mak.macam serius aje bunyinya".

"Mak sebenarnya bukannya nak masuk campur hal rumah tangga kau,tapi mak rasa sudah sampai masanya kamu cari sorang lagi isteri untuk dapatkan mak cucu.Memandangkan isteri kamu tu tak bersedia lagi.Macam mana?Pasal fatihah nanti biar mak yang cakap".

"Apa yang cakapkan ni.Tak mahu la saya.Lagipun saya sayangkan isteri saya dan saya tak mahu lukakan hati fatihah mak".

"habis tu dia sanggup lukakan hati mak dengan tak mahu anak lagi itu kamu tak fikir.Mak malu la dengan orang kampung.Mereka selalu bertanyakan hal kamu suami isteri",

"Nantilah mak saya fikirkan.Tapi memang saya tak bersetuju dengan apa yang mak rancangkan ini".Sedang aku lalu disitu aku terdengar apa yang sedang dibincangkan anak beranak itu.Aku terus berlalu dari situ dan masuk kebilik.

"apalah dosaku sehingga mak sanggup untuk memisahkan aku dengan abang.Sampai hati mak berbuat begitu".Dengan tanpaku sedari airmata telah jatuh kepipi.Aku mengesat airmataku dengan hati yang telah remuk.

"mak kami balik dulu,nanti kalau ada cuti kami balik lagi".aku bersalaman dengan emak dan terus masuk kedalam kereta tanpa berkata apa-apa.Hatiku masih terasa kecewa dengan sikap emak.

"Ingat farihin.mak kasi tempoh dekat kamu sampai minggu depan.Mak nak kamu beri jawapan".Emak memberitahu suamiku dengan tegas.Dalam perjalanan pulang aku hanya membisu seribu bahasa.

Suamiku pun tidak banyak bercakap.Mungkin dia sedang memikirkan apa yang maknya sedang rancangkan.Setibanya dirumah aku terus naik kebilik untuk membersihkan diri.Sedang aku memasak didapur untuk menyediakan makan malam, suamiku pula sedang membersihkan diri.

Dimeja makan kami hanya tumpukan pada makanan.Entah mengapa suamiku tidak memberitahuku tentang niat emaknya untuk menjodohkan dia dengan anak makciknya.Aku malas utuk bertanya.Biar dia yang memberitahu hal yang sebenar.Aku mahu lihat kejujurannya terhadapku.

"Sayang..abang nak cakap sesuatu dengan fatihah.Zalimkah abang jika sanggup menduakan fatihah?".

"Apa maksud abang ni.fatihah tak faham".

"Abang rasa tak adil pada fatihah.Abang.....abang......tak sanggup fatihah".Kelihatan kelopak mata suamiku berkaca secara tiba-tiba.

"Kenapa abang cakap macam ni.Apa yang abang telah buat?"

"Abang sendiri yang tak bersedia mahukan anak,tapi mengapa hukumannya jatuh pada fatihah.Abang kesal dengan tindakan abang ni sayang.Jika betul la emak nak menjodohkan abang dengan mira abang sanggup untuk ada anak sekarang ni sayang".

"Abang rela ada anak dengan fatihah dari abang kawin dengan mira".Suamiku memeluk erat badanku.Hari berganti hari.Tempoh yang diberikan eamk semakin hampir.Aku dan suamiku berusaha untuk mendapatkan anak.

"abang fatihah rasa perut fatihah ni sakitlah".

"kenapa?"Suamiku bertanya dengan nada yang cemas.

"entahlah tiba-tiba terasa sakit sangat.Macam seperti dipulas.Tolong bawa fatihah ke klinik bang".

Suamiku dengan cemas membawa aku ke klinik yang berdekatan rumahku."maaf cik ni suami puan fatihah ke?"
Doktor menanyakan suamiku yang berada di luar bilik emergency.

"ye saya suaminya.Kenapa doktor?

"Maaf saya terpaksa mengugurkan kandungan puan fatihah.Ini kerana jika puan fatihah teruskan untuk mengandung kemungkinan besar nyawa puan fatihah dalam bahaya".

"tak ada cara lain ke doktor?Jika itulah kata doktor saya ikut saja.Syaa tak mahu kehilangan isteri saya".

"Maafkan fatihah bang.fatihah tak mampu nak berikan abang zuriat".Airmataku bercucuran.Apakah takdirku telah terlulis begini.Jika benarlah ini takdirku aku rela terima segalaNYA.

"Ya allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala cobaanmu.Kau berikanlah kebahagian".Aku menadah tangan memohon doa.Selepas selesai solat isyak aku berbincang dengan suamiku.

"Abang..fatihah rasa lebih baik abang terima saja niat mak tu.Lagipun fatihah tak mampu untuk berikan abang zuriat".Dalam nada yang sedih aku menitiskan airmata.Memang berat hati seorang isteri untuk berkongsi kasih suami sendiri.

"Memang berat hati fatihah untuk membenarkan abang berkahwin lain.Tapi fatihah tak mampu nak melawan takdir bang.Terima sajalah.Jangan kerana fatihah abang sanggup berdosa dengan mak abang sendiri".

"Apa yang sayang cakap ni.Abang lansung tak fikirkan pasal senua ini.Abang bahagia walaupun fatihah tak mampu berikan abang zuriat".

"tidak abang.Jika benarlah abang masih sayangkan perkahwinan kita ini,tolong terima mira sebagai isteri abang".Sedang kami berbincang tiba-tiba telefon berdering.

"hello, assalammualaikum".

"waalaikumsalam.mak ke ni?mak apa khabar?".Tanya suamiku pada emak.

"Mak sihat.macam mana kamu dah fikirkan ke belum?Walau macam mana pun hujung minggu ni kamu balik kampung.Mak dah siapkan segala persiapan untuk kamu".

"Apa ni mak.Saya tak cakap pun saya dah setuju dengan semua ni".

"Mak tak nak dengar alasan kamu tu lagi farihin.Yang mak tahu hujung minggu ni mak nak kamu balik.Oh ye kamu tak payah la bawa balik si fatihah tu nanti.Mak bukannya apa takut nanti dia buat kecoh pulak di hari persandingan kamu tu nanti.

Belum sempat suamiku berkata-kata talian telefon telah dimatikan oleh mak.

"Sapa telefon bang.Mak ke?Terima aje la bang.Demi perkahwinan kita".

"Mak mahu abang balik hujung minggu ni.Segala persiapan mak dah siapkan".

"Baguslah macam tu.Abang balik ajelah.Nanti fatihah siap-siapkan barang abang ynag hendak di bawa".

"Tapi sayang mak tak mahu fatihah balik".

"Tak mengapalah bang, fatihah faham maksud mak.Abang tak usahlah risau".Aku terus berlalu ke bilik.Di dalam bilik sekali lagi airmataku bercucuran.Kali ini aku benar-benar terasa amat terluka.Luka yang mendalam.Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya hati ini.

Hari ini adalah hari persandingan suamiku dengan mira.Aku berada dirumah sedangkan suamiku berada dalam dakapan isteri barunya.Entah kenapa macam-macam perkara yang sedang bermain dikotak fikiranku sekarang.

Marah, sedih, kecewa semuanya ada.

Masuk hari ini sudah seminggu suamiku mendirikan rumah tangga buat kedua kalinya.Mira dan suamiku telah berpindah ke kuala lumpur.

Suamiku ada membelikan mira rumah di damansara.Tidak jauh dari rumah yang aku tinggal sekarang.

"Abang hari ini abang balik rumah fatihah ye.Fatihah rindulah kat abang.Dah lama abang tak call Fatihah".

"Insyallah fatihah.Abang tak boleh janji sebab mira cakap nak pergi shopping".

"Nanti kalau abang nak balik,abang call fatihah dulu".

"Sudah 3 bulan suamiku tidak pulang kerumah.Adakah dia sudah melupakan aku sebagai isterinya".bisik hati kecilku.Aku meyelak sehelai demi sehelai gambar perkahwinan kami.

Bila aku terkenang akan kenangan aku bersama suami tercinta semasa kami bersama dulu aku menitiskan air mata.Mengapa nasib aku ditakdirkan sebegini.Apakah aku masih kuat untuk menempuh segala dugaanMU ya allah.

Rinnng.......ringgggg......"Helo sayang ni abang.Hari ni abang nak balik rumah.Petang nanti abang jemput fatihah di pejabat".

"Ok bang, petang nanti kita jumpa".Apabila mendapat panggilan dari suamiku alangkah bahagia rasanya.Akhirnya dapat juga aku bersama dengan suamiku setelah sekian lama tidak bertemu.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.

Aku menunggu suamiku untuk menjemputku di pejabat.Alangkah terkejut apabila aku melihat mira didalam kereta suamiku."kenapa abang bawa mira bersama.Takkan..........??Ahh...lupakan la semua prasangkaku ini.

Mungkin abang nak kenalkan dengan aku, dan yang paling penting aku dapat bertemu dengan suamiku".Hatiku berbisik.Malam itu aku memasak masakan kegemaran suamiku iaitu ayam masak tomato.Aku telah memasak pelbagai lagi masakan untuk dihidang pada mira malam itu.

"Mira....abang..mari kita makan.Nanti sejuk pula".Aku memanggil suamiku untuk makan malam.

"Amboi banyaknya akak masak.Berselera mira dibuatnya"."Haa...kalau mira nak tahu akak kamu ni memang rajin memasak.Nak-nak pula kalau ada org datang rumah,lagi la banyak dia masak".

"Sayang nah nasi,nanti mira tolong ambilkan lauk untuk sayang ye".Mira menyendukkan lauk kedalam pingan suamiku."Sayang nak lauk apa lagi mari mira ambilkan".

Hatiku sayu melihat telatah mira di depanku.Belum pun sempat aku melayan suamiku sendiri mira telah melayannya.Selesai sahaja makan malam kami berbual di laman rumah sambil minum kopi.

"mira dah berapa bulan sekarang?Bila due date?mesti seronokkan nak dapat anak".Aku bertanya pada mira yang ketika itu sedang mengosok perutnya yang semakin membesar itu.

"masuk hari ni dah 6 bulan kak.Due date bulan 3 tahun depan.Mau tak seronok, nak dapat first baby.Ini pun dah macam-macam barang abang dan mira dah beli".

Hatiku bertambah sedih apabila melihat riaksi mira yang seakan-akan mahu menunjuk yang dia boleh memberi zuriat kepada suamiku.Aku sendiri tidak meminta untuk jadi begini.Isteri mana yang tidak mahu melahirkan anak dari benih suami sendiri.

"Esok abang terpaksa ke Taiwan, mungkin abang di sana 4 hari.Jadi abang harap fatihah tak keberatan untuk menjaga mira disini sementara abang tak ada".

"fatihah tak kisah abang.Fatihah akan jaga mira semasa abang tiada.Lagipun mira bukannya orang lain".Aku ikutkan hati memang malas untuk aku menjaga mira.Tapi bila di fikirkan kerana miralah suamiku bahagia sekarang.

"sayang malam ni tidur di bilik mira ye.Takut nanti tiba-tiba perut mira sakit pula".

"ala mira tidur la sorang malam ni.Kesian dekat kak fatihah,dia dah lama tak jumpa dengan abang.Kasilah dia lepaskan rindu kat abang pula.Takpelah nanti kalau kak fatihah dah tidur abang masuk bilik mira ok sayang".

Aku terdengar perbualan suamiku dengan mira."sampai hati abang.Kenapa dia sanggup buat aku begini".Aku terus berlalu dari situ menuju ke bilik tidurku.Sedang aku menyikat rambut di depan cermin suamiku memeluk aku dari belakang."Amboi dah lama abang tak balik sini makin lawa isteri abang ni".

Suamiku memujiku setelah sekian lama tidak kedengaran pujian darinya.Malam itu sku tertidur didalam dakapan suamiku yang telah lama tidak aku rasakan sejak dia mengawini mira.

Keesokan paginya aku lihat suamiku tiada disisiku."kemana pula abang ni.Malam tadi ada kat sini.Takkan dia pergi ke........!!!!".Aku melangkah ke bilik mira dan aku dapati......"Oh tidak!!!!kenapa abang sanggup meninggalkan aku malam tadi untuk tidur bersama mira.

Kenapa aku tidak dapat layanan seperti mana mira dapat".Aku berlari masuk kebilik dan menutup pintu sekuatnya.Di dalam bilik aku seperti mahu menjerit sekuat hati namun aku tidak berdaya.Aku hanya mampu menjerit didalam hati.Aku tidak boleh menyesal dengan apa yang terjadi.Ini semua telah tertulis.Aku tidak mampu mengelak dariNYA.

"Kak hari ni abang balik kan?"Tanya mira pada aku yang sedang mengelap lantai.

"Ye, akak ingat nak masak lauk yang dia suka la.Nanti akak nak pergi kedai depan tu mira duduk dekat rumah sekejap ye".Selesai saja mengelap lantai aku terus pergi ke kedai untuk membeli barang untuk dimasak.

"Aduh!!!aduhh!!!sakitnya" Kedengaran suara mira seperti sedang mengerang kesakitan.

"Miraaa....kenapa jadi macam ni?" Tanyaku pada mira yang sedang memegang perutnya.Kelihatan dari kaki mira dipenuhi dengan darah yang pekat."aku mengangkat mira kedalam kereta untuk dibawa ke hospital yang berdekatan.

"Helo abang ni fatihah.Miraaa...bang...dia ada didalam bilik kecemasan.Dia terjatuh tadi bang.fatihah tak tahu macam mana semua ni boleh terjadi".Suaraku tersekat-sekat kerana bimbang suamiku akan menyalahkan aku diatas segala apa yang terjadi pada mira.

"Apaaaa!!!!kalau macam tu nanti bila abang sudah tiba di KLIA abang akan terus kesana".Talian terus dimatikan oleh suamiku.

"Maaf...awak ni saudara puan mira ke?Saya nak beritahu kandungan puan mira telah gugur akibat hentakan yang terlalu kuat".

"Ya allah...apakah benar apa yang dikatakan oleh doktor tadi.Tak mungkin aku dapat berhadapan dengan suamiku nanti.Apa yang harus aku katakan pada abang nanti".Aku menitiskan airmata kekesalan.

"fatihah macam mana dengan mira?Dia dimana sekarang?Macam mana boleh terjadi ni?" Suamiku mendesakku dengan pelbagai soalan yang tak mungkin mampu aku jawab.

"Abang maafkan fatihah.Jika fatihah tak keluar ke kedai tadi,tak mungkin semua ini boleh berlaku.Ini semua salah fatihah".Aku menangis dihadapan mira dan suamiku.

Sudah 3 hari mira keluar dari hospital.Kini mira telah pulang ke rumahnya.Dia dijaga oleh emak mertuaku.Mereka semua menyalahkan aku dengan apa yang terjadi keatas mira.Termasuklah suamiku sendiri.
Dengan perasaan bersalah yang teramat sangat aku telah kerumah mira untuk meminta maaf pada semua.

"Assalmmualaikum.......miraaa....abangg....".panggilku dari luar rumah mira.

"Waalaikumsalam....haa...apa kau nak datang ke rumah aku nie.Tak puas lagi ke dengan apa yang telah kau buat pada aku".Jerit mira dari dalam rumahnya tanpa mempelawa aku masuk kedalam.

"Mira kenapa cakap macam tu.Bukan akak yang buat mira jatuh tempoh hari".

"Habis tu siapa lagi.Kalau akak tak mop lantai hari tu,tak mungkin saya boleh terjatuh kak,Ini semua rancangan akak untuk mengugurkan kandungan saya ni kan.Akak iri hati pada saya kerana saya boleh berikan zuriat pada abang farihin sedangkan akak tak mampu".

Sekali lagi airmata aku jatuh berderai kerana terpaksa terima tuduhan yang amat pedih dalam hidupku.Kelihatan dimuka pintu suamiku keluar.

"fatihah balik dulu.Nanti kita bincangkan dirumah.Lagipun abang tak mahu kecoh-kecoh macam ni."

Dalam perjalanan pulang kerumah airmataku tidak henti-henti mengalir.Berat dihatiku untuk meneruskan hidup ini.Malam itu suamiku pulang kerumahku.Dia membawa kedua-dua mertuaku.

Selesai makan malam bersama suamiku telah panggil untuk duduk berbincang.Entah kenapa hatiku ini terasa berdebar-debar.Tidak pernah aku merasa sebegini debarnya.

"fatihah...abang dah fikir masak-masak.Dan abang harap fatihah tabah menerima keputusan abang ini".

"Dengan bersaksikan ayah dan emak di sini abang terpaksa melepaskan fatihah dengan talak satu.Abang terpaksa lepaskan fatihah kerana abang tak mahu bersikap tak adil dengan fatihah.Selama ini pun abang telah banyak mengabaikan fatihah.Dan abang tak mahu berterusan begini".

Dengan hati yang punah dan remuk aku menitiskan airmata yang tak mampuku pertahankan lagi.Terasa gelap duniaku selepas mendengar kata-kata suamiku yang selama ini aku sayang sehingga terpaksa berkorban dan aku sanggup berkongsi kasih deminya.

"Abanggggg........sampai hati abang buat fatihah begini.Kemana perginya janji abang untuk hidup semati dengan fatihah.

Mana  janji  abanggggg..........".Aku berlari ke bilik.Aku tidak dapat menahan lagi.

Sepanjang malam aku menangis mengenangkan ucapan yang telah dilepaskan oleh orang yang aku sayang.Dan sepanjang malam aku memikirkan nasib yang bakal kutempuhi seorang diri.

Adakah ini nasib seorang isteri seperti ku yang setia pada orang yang kita sayang.Kini kau pergi dari hidupku,kuharus relakanmu walau aku tak mahu.Semoga kepergianmu takkan merubah apapun.Semoga aku mampu melawan kesepianku..........


0/komen