Speaker Pintar Sound X


Pasaran speaker pintar pada waktu ini didominasi oleh Amazon dan Google. Dengan sebuah speaker pintar, pelbagai peranti berhubung di dalam rumah boleh dikawal dengan suara pengguna. Ia menjadi hub yang amat berguna

Kelmarin speaker pintar Sound X turut dilancarkan.

Speaker ini dibangunkan dengan kerjasama firma Devialet dari Perancis yang sebelum ini menghasilkan speaker premium Phantom. Sound X mempunyai sokongan audio 360 darjah menerusi enam pembesar suara serta woofer berkembar berkuasa 60W. Kesemua fungsi pintar dilakukan menerusi pembantu maya Xiao Yi yang membolehkannya mengawal peranti berhubung di bawah platform HiLink Huawei atau pengeluar lain seperti TCL, Haier dan Bosch.



Rekaan Sound X mirip Mac Pro tong sampah dan HomePod lengkap dengan skrin sesentuh pada bahagian atas. Di China Huawei Sound X dijual pada harga RMB 1,999 (~RM 1188) sebuah atau RMB 3,888 (~RM 2312) sepasang.

0/komen