Vivo Y19 telah memasuki pasaran Malaysia hari ini dengan harga jualan RM949. Peranti dengan skrin 6.59″ IPS LCD FHD+ ini dijana oleh cip MediaTek Helio P65, memori sebesar 6GB RAM dan storan pula sebesar 128GB.
Kamera utama dilengkapi sensor 16+8+2 Megapixel f/1.78+2.2+2.4 manakala kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel f/2.0. Pada kamera utama lensa ultra lebar, ultra sudut lebar dan makro digunakan. Bateri berkapasiti 5000 mAh yang disertakan menyokong pengecasan pantas 18W Vivo Dual Engine menerusi port mikroUSB. Kerana saiz baterinya yang agak besar, Y19 juga boleh menjadi sebuah powerbank kepada peranti lain. Sistem operasi Android 9 digunakan bersama pelancar FunTouch OS 9.2
Peranti menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil pada bahagian hadapan. Pengimbas cap jari pula diletakkan pada bahagian belakang. Di Malaysia VivoY19 ditawarkan dalam dua warna Magnetic Black dan Spring White.
Catat Ulasan