Jika Itu Takdirku



Hari ini terasa begitu sunyi, seperti hari-hari biasa yang aku lalui selepas, 6 tahun kami berkawan dan seterusnya bertunang . Jika ini takdir ku aku reda. Kanku teruskan kehidupan ini., tapi apakan daya semua ini terjadi. Sebenarnya aku sangat2 kecewa dengan perpisahan ini

YA ALLAH…

APAKAH SALAH KU?
APAKAH SALAH INI DATANGNYA DR DIRIKU SENDIRI?
APAKAH DIA TIDAK BERSALAH?
TAPI YG PASTI AKU REHDA DENGAN SEGALA TAKDIR DAN DUGAAN YG TELAH KAU BERIKAN PADAKU….
KERNA AKU SEDAR BAHAWA KAU MAHU MENGUJI KETABAHAN &KEIMANANKU……

YA ALLAH…

SESUNGGUHNYA AKU TIDAK PERNAH MENYALAHKAN SESIAPA DENGAN APA YG TERJADI………BERILAH AKU KEKUATAN UTK MENGHADAPI HARI YG MENDATANG….AKU REHDA…AMIN………….

Tali pertunangan kami yang di ikatkan pada bulan july 2005 yg lalu telah putus pada 2/2/06….2 minggu untuk hari akad nikah pd 23.12.06. Bayangkan betapa dekatnya tarikh itu. Segala persiapan, hantaran dan segala keperluan termasuk kad jemputan telah pun siap, hanya menunggu masa untuk diedarkan.

Namun, kejadian yang terlalu pedih, perit dan sedih terjadi tatkala diri ini bersedia menjadi suami kepada wanita yang amat aku sayangi…hari demi hari aku menanti saat2 indah itu yakni hari ijabkabul yang ku tunggu dari tahun 2000 lagi…

Bagaikan mimpi ngeri, 2 minggu sebelum tarikh putus, 'dia' telah pun berubah..tak seperti ku kenali dulu…namun ku ketepikan demi sayang dan cinta ku padanya..aku mempertahankan hubungan yang kami bina hampir 6 tahun…segala2nya aku lakukan, aku pujuk dia, bermacam bunga dan hadiah aku berikan namun tiada apa perubahan untuknya menerima ku kembali…aku hanya manusia biasa takkan lari dari membuat salah, aku berjanji dan bersumpah , akan membuat yg terbaik untuk dirinya,,aku sayang teramat sayang kpdnya lebih dari aku menyayangi diriku sendiri…

Sehingga aku sanggup dayus aku cium kakinya untuk meminta maaf darinya demi hubungan dan percintaan kami..aku tak sanggup berpisah dgnnya, keluarga kami dekat depan rumah shj dan juga aku amat sayangkan perhubungan kami…aku sanggup lakukan apa shj demi hubungan ini…walaupun rakan2 mengatakan aku bodoh..aku sanggup demi sayang aku padanya…namun, Allah maha mengetahui segala2nya..hubungan yang di bina telah berakhir jua…atas permintaannya sendiri…apa yang aku pertahankan selama ini ternyata sia2…aku betul2 kecewa & sedih…….

Walaupun begitu, aku masih lagi mengharapkan dia akan berubah, aku cuba lagi menambat hatinya,,aku belikan handphone Motorola L6 kpdnya kerana hansetnya dah uzur..aku belikan…..aku belikan agar dia mudah sms aku kerana hdset yang dulu katanya kadang2 problem untuk menghantar sms…apa saja yang dia minta aku belikan...aku teramat sayang padanya…dan aku percaya kpdnya yang dia tiada lelaki lain pada waktu itu selain dari aku..kerana dia pernah bersumpah yang dia tidak ada lelaki lain selain dari aku ; begitu jua aku, aku tidak akan ada perempuan lain selain dirinya…hingga ke saat ini aku masih sendiri…

Walaupun rakan2 serumahnya ada bercerita yang dia ada berjumpa lelaki lain..dia pulang ke rumah dgn lelaki lain…ketika itu dia masih bergelar tunang aku…dan ada aku bertanya kpdnya, dia mengatakan dia hanya berkawan..dan aku masih mempercayainya lagi….bodohkan …kerana terlalu sayang aku menjadi bodoh dan tuli…

Dan aku masih lagi meraih cinta darinya,,..setiap kali aku call tidak pernah berjawab,jika jawab pun, setelah 10 kali call baru dia pick up, itupun mungkin dia kesian,,,..bila aku bertanya berbagai alasan di berikan…Sms aku juga x pernah di balas, jika di balas pun, setelah lebih 10 kali sms baru dia jawab 1…

Pernah satu ketika aku demam teruk, sampai aku tidak boleh bangun..lalu aku hantar berbelas sms kepadanya..satu pun tidak di balas…aku minta dia balas satu pun sudah cukup untuk menjadi penawar rindu ku..namun, satu pun tidak di balas…aku menangis..dan menangis …terlalu sedih aku di kala itu...namun aku masih lagi bersabar dan bersabar…..

Hari2 terus berlalu, ..hanset yang aku belikan untuknya telah bertukar numbor tanpa memberi aku nombor barunya..betapa kecewanya aku..tapi aku masih bersabar dan mengharap lagi…jika bercakap dengan aku pun dah mula tinggi suara..mengeluarkan kata2 kasar terhadap aku…aku masih bersabar kerana sayang ini terlalu tebal kepadanya…

Setiap malam aku menangis rindukannya..dan aku kerap demam kerana terlalu rindukannya….Ya Allah, aku betul2 sayang padanya walaupun aku di layan seperti dia tak pernah ada apa2 hubungan dengan ku sebelum ini…di masa itu juga bermacam2 alasan dan tohmahan di lemparkan kpd aku dan keluarga ku juga..bermacam2 sebab dan alasan , serta rasa tak puas hati di lemparkan,,, namun aku masih lagi mempercayainya..sehingga aku sanggup tinggal kan keluarga aku demi untuk bersamanya…

Hari2 yang aku lalui terasa kosong dan sepi, gelap…aku tiada arah tujuan..demi Allah, hidup ini bagai tak bererti lagi…badan ku semakin susut dari,.dalam masa beberapa hari shj….makan tak pernah lalu, tidurku tak pernah lena..aku semakin lemah, aku kerap demam setiap kali rindukan nya…setiap malam aku menangis merinduinya dan mengenangkan nasib hubungan kami…tidak ingatkah akan pengorbanan aku selama ini…

Pelbagai kerjaya aku tinggalkan deminya..demi waktu aku bersamanya…aku tidak boleh mendengar dia mengeluh walau sedikit pun…aku berkorban menghantar dan menjemput dia pulang dari kerja setiap hari walaupun dia belum lagi menjadi isteri aku yang sah..demi sayang ini, demi cinta ini tak pernah terlintas walau sekali untuk aku curang kepadanya walaupun aku boleh melakukannya…aku setia, jujur & ikhlas menyayanginya…

Aku masih ikhlas menyayanginya..ikhlas untuk aku memperisterikannya tapi mengapa dia tidak mengerti semua ini…Sehinggalah aku terdetik untuk mengetahui kenapa dia tak seperti yang ku kenali dulu…aku terus menyiasat dan mencari sebabnya… ...sehingga lah pada satu hari aku telah merampas hp yg berada ditangan nya….

Alang kah terkejutnya aku melihat gambar yg berada didlm hp yg aku hadiahkan padanya…hancur luluh hati ini..hidup bagai tak beerti lagi…terjawablah sudah kenapa dia memutuskan tali pertunangan kami………….

Rupa2nya memang benar dia ada lelaki lain dalam hatinya..apa yang naluri aku kata sebelum ini ternyata benar…sungguh tak ku sangka, wanita yang aku percayai, yg aku sayangi, yg aku cintai sepenuh hatiku, berlaku curang di belakangku selama ini… dan bgaikan mimpi dengan apa yg ku lihat..jadi selama ini dia menipu dan berbohong kpd aku…aku bagaikan tunggul kayu mempercayai setiap kata2nya…

Aku di permainkan, di perbodohkan…dan lebih aku terasa aku di perkotak-katikkan sepeti aku tidak punya perasaan….Betapa pilunya hati ini..hanya Allah shj yang tahu…ternyata dia telah melanggar sumpahnya satu ketika dlu…sungguh pandai dia berlakon untuk menutup kecurangannya…tetapi setiap kebenaran akan terungkai juga…

Gambar yg ada didlm hp..apa yg aku lihat pada tarikhnya..29.12.06..adalah tarikh hari jadinya..di manakah dia berada pada ketika itu…di genting highland..dia ada menyatakan pd ku pada malam 28.12.06 ketika kami sedang makan mlm, yang dia telah mengambil cuti 2 hari 28/12 (khamis) & 29/12 (jumaat) untuk pulang ke lipis rumah kakaknya..bila aku Tanya mengapa ambil cuti terlalu lama sebab 30,31,1 &2/12/2006 haribulan sudah cukup lama untuk brcuti..dia kata nk habiskan cuti tahun…aku masih percaya…tetapi Allah itu maha kaya…

Bila aku fikirkan semula pada tarikh-tarikh dia cuti, aku jadi terkejut sangat…kenapa ya….!!!!! gmbar yang di ambilnya bersama dgn jantan itu pd 29/12/06 pukul 12.30tgh , berada di dalam kereta kabel dan kereta kabel itu bergerak turun dari genting highland..aku call pada 29/12 pg line maxis masih berdering. Tapi x berjawab…

So, pada malam 29/12/06 (malam harijadinya)di manakah dia dan jantan itu bermalam?????? Takkan pegi genting pukul 12 dh balik??takkan pegi genting hanya mengambil masa 1 @ 2 jam kemudian turun??? Akhirnya terjawab juga…..…apa maknanya???

Di manakah mereka meraikan harijadi 'dia' pada malam itu??? Tepuk dada Tanya lah 'dia'…bila aku Tanya padanya..dia menyatakan yang dia ambil gambar tu di titiwangsa..aku cakap padanya kat titiwangsa mana ada kereta kabel then berlatar belakangkan hutan,.dia diam..bila aku Tanya dia tidur mana malam tu coz tarikh & masa pada kamera tu tertera 29.12.06 &kul 12 ++tgh..dia menyatakan dia tak setting time handset tu…kuat sungguh pembohongannya …dh ada bukti masih lagi menipu..

Masih lagi nak berbohong…cukuplah dengan tipu dan bohong dia pada aku..tak takut kah dia pada dosa…Sudahlah dgnku dulu sudah byk melakukan dosa….bila bersama dgn jantan lain pun masih lagi… dimanakah maruah dirinya sebagai seorang wanita, di manakah harga dirinya…hanya tidak sampai 2 tahun mengenali lelaki itu dia sudah menyerahkan segalanya kepada lelaki itu.…

Kini,….aku akan menjalani kehidupan sendiri dan aku sedang mencari erti hidup aku yang sebenar…aku masih sendiri, tiada teman di sisi..yang ada hanya keluarga, kawan2 yang byk membantu aku di saat aku hilang arah tujuan, ketika aku rasakan hidup aku sudah tiada makna..terima kasih byk2…

Hanya Allah yg dapat membalas budi baik keluarga & kawan2… Aku percaya apa yang berlaku ini ada hikmah nya…walaupun terlau getir teramat getir dan perit teramat perit bagi aku untuk melalui hari2 yang mendatang namun hidup mesti di teruskan…aku harus tabah…aku hanya berserah kepada yang esa kerana hanya dia yg maha mengetaui atas segala nya……

Segalanya berlalu dgn begitu pantas…rupa2nya sudah 4thn aku menyendiri……aku masih lagi kesorangan….Hari ini aku akan balik setelah sekian lama aku tinggalkan Malaysia….Baliknya aku kerna desakan keluarga yg tidak mahu merantau lagi…….


-TAMAT-


0/komen