Visual ini dipercayai dirakam di Taman Universiti, Johor Bahru, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian tersebut.
Menerusi gambar, pemandu berkenaan yang menggunakan kereta pusat latihan memandu itu mungkin terlupa menarik pemegang pam ketika berada di stesen minyak, lalu mambuatkan ia ‘ikut sama’.
Perkara tersebut kemungkinan adalah tidak disengajakan.
Apa-apa pun, sebagai peringatan kepada semua, aksi dipaparkan ini sebenarnya adalah berbahaya lagi-lagi pam minyak berkenaan masih meninggalkan saki baki minyak pada gelung hos yang boleh menghasilkan percikan api
Catat Ulasan