Sudah menjadi kelaziman orang kita yang menyimpan lebihan lauk atau nasi di dalam peti sejuk dan keesokkan harinya dipanaskan semula untuk dijadikan makanan.
Namun, jika anda membiarkan nasi tersebut berada di dalam suhu bilik melebihi 4 jam dan memanaskan semula nasi tersebut, ianya boleh mengundang risiko keracunan pada makanan tersebut.
Ini kerana nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang terdapat pada nasi itu kembali aktif.
Ia menyebabkan pembiakan bakteria Bacilus Cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk orang ramai menitik beratkan penyimpanan makanan.
Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.
Tambah kementerian itu lagi, mesej yang disampaikan ini merupakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM.
Catat Ulasan