Royole FlexPai Ialah Peranti Skrin Boleh Dilipat Pertama



Peranti dengan skrin boleh lipat nama besar dunia telah dikalahkan terlebih dahulu oleh Royole

Royole FlexPai yang dilancarkan di China  bukan sahaja dengan skrin yang boleh dilentur tetapi dijana pemproses terkini Snapdragon 8150. Apabila di dalam posisi terbuku, FlexPai mempunyai skrin sebesar 7.8″ beresolusi 1920 x 1440 pixel (4:3) dan mengecil ke 4″ beresolusi 390 x 1440 pixel apabila dilipat seperti sebuah buku.




Ini dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM, storan sebesar 256GB dan sistem kamera 16+20 Megapixel pada bahagian hadapan ketika di dalam mod tablet.Bateri yang digunakan pula sebesar 3800 mAh dengan sistem pengecasan Ro-Charge yang membolehkan bateri dicas ke 80% dalam masa sejam.



Ia menggunakan sistem operasi Water OS. Kerana skrin yang lebar, ia boleh melancarkan tiga aplikasi serentak pada satu skrin. Di dalam posisi lipat, bahagian sisi skrin akan memaparkan notifikasi sama seperti sistem Edge Screen pada peranti Samsung. Di China Royole FlexPai dijual pada harga RMB 9000 (~RM 5404) sebuah.

0/komen