ALANGKAH terkejutnya seorang petugas Pusat PosLaju Malaysia di Shah Alam, Selangor apabila mendapati salah satu kiriman bungkusan kurier yang diterima boleh bergerak secara tiba-tiba.
Menurutnya, selepas mendapati bungkusan itu bergerak sendiri, pekerja tersebut mengambil keputusan untuk membukanya kerana berasa curiga sesuatu yang ‘bernyawa’ mungkin berada di dalamnya,
Namun, bertambah seram sejuk jadinya apabila bungkusan kecil yang dibuka itu didapati merupakan sejenis makhluk misteri yang lazim dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai Jenglot.
“Hakikatnya benda-benda macam ni memang ada orang bela… dan terlalu taksub dengannya dah syirik sebab terlalu menghambakan diri pada benda tersebut.”
Catat Ulasan