Los Angeles: Tiga sahabat karib yang juga bekas tentera Perang Dunia Kedua yang berkawan sejak sekolah rendah akhirnya menerima diploma sekolah tinggi bersama-sama, lebih 70 tahun selepas berhenti sekolah.
Julian Lopez dan Lupe Malacate, masing-masing 90 tahun serta Tony Romero, 88, menerima diploma mereka dari Sekolah Tinggi Abraham Lincoln di Los Angeles, Isnin lalu, lapor Fox News Latino.
Isteri Lopez, Henrietta, 89, juga menerima diploma sekolah tingginya pada hari sama.
Tiga sahabat itu yang berkenalan sejak sekolah rendah terpaksa berhenti belajar selepas dikerah menyertai tentera pada 1944 untuk bertempur dalam Perang Dunia Kedua.
Sementara itu, Henrietta yang mengenali Lopez ketika berusia 15 tahun dalam kelas sains juga terpaksa berhenti sekolah apabila mengahwini suaminya itu beberapa hari sebelum dihantar berperang di Pasifik.
Catat Ulasan