Malam bulan penuh menggantikan lampu di luar rumah yang tidak terpasang. Sesekali terdengar burung hantu bagai mengusik-ngusik malam di kawasan perumahan Hajah Aminah. Seketika angin sejuk menghembus masuk meniti dicelahan tingkap bagai menyelongkar disegenap ruangan dapur itu. Meremang bulu roma Hajah Aminah yang sedang berada di sudut dapur rumahnya. Tangannya masih ligat mengupas buah mangga untuk hidangan pencuci mulut.
Bulu romanya semakin menegak. Hajah Aminah mula mengusap kasar batang tengkuknya. Berbutir-butir rasa tengkuknya akibat bulu roma yang semakin menegang. Ketak! Perlahan-lahan dia meletakkan pisau.
Terus dia berhenti dari mengupas mangga. Mangga yang masih belum habis dikupas diletaknya ke dalam piring. Hatinya mula tersedak. Perasaannya mula berkecamuk. Resahnya mula mendadak. Matanya mula meliar terbuka luas melihat keliling. Matanya mula menatap tingkap yang masih terbuka luas. Tap!Tap! tingkap di tutup rapat-rapat. Tangannya bagai tidak mampu menahan gementar.
"Ya Allah berikanku kekuatan" Resah Hajah Aminah
"isk apa benda ni??" marah Hajah Aminah. Mengharapkan benda yang sedang mengusik pergi jauh dari situ.
"kalau nak mengusik pergi jauh-jauh! Jangan ganggu kami sekeluarga!" marah Hajah Aminah lagi.
Ketang!plap! pap!pap! ada sesuatu berlaga antara satu sama lain. Membuatkan hajah Aminah terkejut lalu mengurut dadanya dengan kasar. Matanya semakin membulat selepas melihat kerusi sedang bergerak-gerak dan bergegar.
"subhanallah!" jerit Hajah Aminah dengan kuat.
"Allahuakbat!!!" jerit Hajah lagi dengan lantang.
Baru kerusi itu berhenti dengan mendadak. Lega sedikit hati Hajah Aminah. Berpeluh-peluh dingin seluruh tubuh Hajah Aminah. Menarik nafas lega selepas lembaga itu pergi. Berkumat kamit mulut hajah Aminah membaca ayat kursi. Dipagarnya setiap penjuru rumah. Belum sempat dia memagar rumahnya dengan ayat kursi kalam suci Allah itu.
"arghhhhh!!!!!" jeritan itu membuatkan jantung hajah Aminah berdegup dengan kencang. Dengan pantas dia berlari mendapatkan suara yang mengejutkannya sebentar tadi.
"ya Allah sakitnya….ya Allah!!!" murni menjerit kesakitan. Bagai pisau menyucuk-nyucuk dalam badannya.
"Mak!!!!sakit mak..tolong murni.." Suara anak gadisnya semakin perlahan.
Tiba-tiba lampu rumahnya terpadam menjadi kelam dan suram. Meraba-raba hajah Aminah mendapatkan lampu suluh untuk menyuluh arah.
"Ya Allah. Abang haji pergi mana tak balik lagi ni.. " resah Hajah Aminah.
"mak…." Suara murni masih kedengaran.
"Aduh!"Nyaris tersadung kaki hajah Aminah. Seperti sengaja di buat-buat. Mulutnya masih terkumat kamit membaca ayat kursi.
"Ya Allah tolonglah…mana anak aku.." suara hajah Aminah semakin tenggelam dengan tagisan. Cepat dia melangkah ke dalam bilik Murni.
"Murni…Murni…" gambaran murni samar-samar di dalam kamar.
"Assalamualaikum! Assalamualaikum!" jerit seorang lelaki tua di hadapan rumah hajah Aminah. Terngiang-ngiang suara lelaki tua itu ke gegendang telinga hajah Aminah. Suara yang ditunggu-tunggu kepulangannya dari tadi. Terus dia melangkah mendapatkan suara itu. Meninggalkan Murni bersendirian di dalam kamar yang sedang suram bermandikan malam dan kegelapan.
"Assalamualaikum! Nah! Buka pintu ni..kenapa gelap rumah ni..??" jerit Haji Abu Bakar.
"Waalaikumusalam..ye abang haji…saya datang…" suaranya bagai keluar dengan tidak. Dia terus merapati pintu rumahnya dengan longlai.
"abang haji…"nama itu disebut berkali-kali. Sambil pintu diketuk deras dari luar. Pintu dikuak sambil tangan Haji Abu Bakar masih melayang-layang mengetuk pintu.
"kenapa ni Aminah?" soal Haji Abu Bakar kehairanan.
"astagfirullah hal azim..abang haji tolonglah anak kita sedang menjerit kat dalam bilik.." terketar-ketar suara hajah Aminah.
"Menjerit!?"Soal Haji Abu Bakar yang semakin kehairanan. Lampu rumah terpadam, tertutup dengan sendiri. Haji Abu Bakar bergegas melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tercegat sambil matanya meninjau-ninjau sekeliling menyinggah di setiap ceruk penjuru rumahnya. Pintu rumah ditutup rapat oleh hajah Aminah.
Dengan kuat angin yang tiba-tiba datang menerpa celahan pintu rumah tersebut. Bergegar papan gelegar (lantai) rumah sehingga terselak habis karpet dan tikar getah. Tiba-tiba angin itu senyap seketika dari mengganas. Angin itu bagai ghaib dan Pelepap! Ketang! Bunyi sesuatu jatuh dari meja. Habis berderai kaca di atas lantai. Lembik lutut Hajah Aminah. Lalu…Angin dan ribut semakin mengganas bagai menggongcang rumah haji Abu Bakar kembali.
"Ya Allah apa dah terjadi ni…??" Haji Abu Bakar bagai menangis selepas melihat kejadian tadi. Berkumat-kamit mulut Haji Abu Bakar membaca ayat suci Allah.
"Lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazzholimin, lahau lawala kuwwata illabillah hilaliilazim!!" kuat Haji Abu Bakar membacanya dan mengulanginya beberapa kali sehingga angin dan ribut yang sedang mengganas itu hilang. Mata Hajah Aminah membulat dan berair. Tangannya asyik mengurut-ngurut dadanya yang sedang menggigil ketakutan. Kakinya kuat melangkah masuk ke dalam bilik murni.
"Minah! Aku rasa ini buatan orang..kita kena tuju ni.." jelas Haji Abu Bakar dengan cemas. Langsir pintu bilik anak daranya di selak deras.
"Ya Allah..astagfirullahalazim!" Haji Abu Bakar terpaku melihat keadaan anak daranya itu. Dia berdiri dan menatap murni.
"Ya Allah!!! Abang Haji…kenapa dengan anak kita ni abang haji ..??" Hajah Aminah segera mendapatkan anaknya. Murni masih terpaku bagai mayat hidup di atas katil. Hajah Aminah memeluk tubuh lesu yang sedang terbujur kaku itu.
"Hah!! Abang haji…!" Jerit Hajah Aminah bagai ketakutan melihat cecair bewarna merah yang semakin banyak mengalir membasahi katil anak daranya itu.
"darah abang haji..ini darah abang haji…" Hajah Aminah menangis sayu melihat keadaan murni. Mata Haji Abu Bakar membulat dan terus menerpa mendapatkan Murni.
"Murni…Murni..anak ayah..bangun nak…" bisik Haji Abu Bakar ke telinga Murni.
"Lailahaillalah! Muhammadarrasulullah!" ayat itu dihembus kuat ke gegendang telinga anaknya. Mata murni bagai bergerak-gerak..mukanya berkerut-kerut. Bibirnya diketap-ketap, giginya dilaga-lagakan sehingga dapat didengari mereka.
"murni!murni! bangun nak!" jerit Hajah Aminah..Tubuh kaku anak dara itu di goncang lagi. Sehingga benar-benar sedar.
"Abang Haji..tolonglah minta bantuan cepat dekat siapa-siapa.." Rayu Hajah Aminah sambil menatap wajah Haji Abu Bakar. Sedihnya bukan kepalang melihat anaknya itu.
"sampai hati orang itu buat bergini dekat murni..kenapalah orang itu sanggup buat murni sekejam ini??" Soal hati Hajah Aminah.
"Baiklah..abang pergi minta bantuan dengan segera.." lantas haji Abu Bakar menerjah keluar dari kamar yang membuatkan dirinya sayu sebentar tadi.
Haji Abu Bakar dengan cepat mendapatkan telefon yang sedia terletak di atas meja bersebelahan dengan TV di ruang tamu. Ganggang telefon itu di angkat, menggigil tangan Haji Abu Bakar. Kuat Haji Abu Bakar menekan butang number telefon.
Tut-tut…tut-tut…deringan telefon bordering beberapa kali sebelum diangkat.
"Assalamualaikum…" kedangaran ucapan salam dari seorang imam masjid Kampung Bukit Tanjung.
"Waalaikumussalam..ustad, saya benar-benar mahukan bantuan ustad..rumah saya kena tuju..anak saya yang kena..teruk anak saya sekarang ini ustad.." panjang lebar Haji Abu Bakar mengulas. Terketar-ketar suara Haji Abu Bakar kedengaran di corong telefon itu.
"Baik..saya datang dengan segara.." ganggang telefon diletak serentak. Haji Abu Bakar menarik lega nafasnya. Legalah sedikit dapat menghubungi Ustad Muzri. Matanya sempat hinggap ke dinding rumahnya. Warna dinding rumahnya yang ceria masih belum pulih lagi dari kesuraman. Seperti ingin mengatakan ada sesuatu di dalam rumahnya.
"hantu jembalangkah, pelesitkah ada di dalam rumah ini.." Bisik hati Haji Abu Bakar.
Ketak…ketuk..ketak…ketuk…plap-pap-pap..ada bunyi dia ruang depan rumahnya. Bunyi itu datang dari depan rumahnya. Ruang tempat letak kereta. Tetapi malam itu keretanya diletakkan di luar pagar. Ketak-ketuk-ketak-ketuk..seperti ada lagaan kasut yang bertumit di atas simen. Haji Abu Bakar memberanikan diri untuk menjenguk keadaan di luar. Lehernya dipanjangkan bagai melepaskan dirinya dari dipancung.
"tiada apa-apa pula selepas di lihat.." persoalan semakin membusung dimindanya. Haji Abu Bakar mendiamkan dirinya seketika. Cuping telinganya dibangkan. Hatinya, jantungnya berdegup kencang.
"Allah…Allah.."nama itu semakin disebutnya sambil berbisik.
Ketak-ketuk-ketak-ketuk…bunyi itu semakin kedengaran. Lalu menjadi sunyi sepi. Tiba-tiba sahut menyahut bunyi anjing kedengaran. Tidak semena-mena anjing yang tidak pernah menyalak. Menyalak pula pada malam itu. Panjang salakan anjing sehingga meremang bulu roma haji Abu Bakar.
Zrap!Zrap!Zrap! bunyi yang tiba-tiba mengejutkan Haji Abu Bakar. Bunyi seakan-akan ada benda tajam sedang mengguris-guris dinding papan rumahnya itu.
"aaaaaaarghhhhhhhhhhhh!!!!" jeritan suara murni menggamatkan suasana malam yang semakin kelam.
"AKU MAHU PERGI DARI SINI! JANGAN DEKAT!JANGAN DEKAT! HAHAHAHAHA!!!" suara garau dan kasar serta menyeramkan datang dari murni membuatkan Hajah Aminah terduduk dan mundur ke belakang melekat di dinding bilik itu. Murni semakin meracau-racau. Bergegas Haji Abu Bakar berlari mendapatkan Murni.
"KAU! JANGAN DEKAT! AKU MAHU PERGI DARI SINI!!!!!" murni menjerit lagi. Suaranya kasar. Tidak seperti suara murni lagi. Jari telunjuknya menunjuk kasar ke muka Haji Abu Bakar.
"HAHAHAAA!!!" dia ketawa lagi..tiba-tiba menagis..diselang seli dengan ketawa yang mengusik. Matanya bersinar kemerah-merahan.
"Aminah! Ambil air yasin atas peti!!" perintah Haji Abu Bakar.
"Cepat Aminah! Cepat!" perintah Haji Abu Bakar lagi.
"ye.ye..baiklah abang haji..minah pergi ambil sekarang.." cemas Hajah Aminah berlari ke dapur.
"Nah abang Haji..air yasin ni" sebotol air di hulurkan kepada Haji Abu Bakar. Tutup botol dipulas deras. Tercampak tudung botol itu ke bawah katil. Air dari botol itu direnjis-renjis ke muka murni. Murni merengus. Melonjak-lonjak. Meraung-raung bagai suara singa.
"KAU GILA MANUSIA!! AKU BENCI KAMU WAHAI MANUSIA!!!!" geram suara makhluk halus yang berada di dalam badan murni.
"Minah! Keluar! Tengok kalau Uztad Muzri datang…cepat!" gesa Haji Abu Bakar. Hajah Aminah hanya mengangguk. Terketar-ketar lutut Hajah Aminah berdiri dan berjalan sambil berlari. Sunyi sepi di ruang tamu. Terduduk diam di atas kerusi sambil berzikir di dalam hati. Kaku betul bibirnya hendak dibuka.
Gedegang! gedengang! gedengang! Dom! Dum! Dum! Kuat pintu rumah diketuk bagai hendak roboh. Meresap menyelirap darah Hajah Aminah sebentar. Berdesing mendengar suara orang sedang ketawa mendayu-dayu dibelakangnya. Mengalir air matanya mengenangkan nasib sekeluarga pada malam itu.
"Haji!! Haji!! Assalamualaikum!! Haji buka pintu…" lampu di dalam rumah itu masih kelihatan terbuka dan tertutup. Ribut di keliling rumah makin kuat. Angin yang datang menerjah bagai menolak ustad Muzri.
"Kasim! Kita mesti bantu keluarga Haji..saya dapat rasakan ada kuasa jahat dalam rumah ini.." Bisik Ustad Muzri ke cuping telinga Kasim. Seorang anak buahnya yang mengaji di sekolah pondok.
"Betul kata ustad..meremang bulu roma saya. Lihat saja angin yang datang menggoncang tubuh saya ini ustad..seram!!" ujar Kasim. Lengannya di usap dengan kasar.
"Tak usah takut dengan mereka..kita percaya Allah itu Maha kuat berbanding mereka.." Nasihat Ustad. Pintu rumah diketuk kuat. Berkali-kali pintu rumah itu diketuk. Masih tidak dibukanya lagi.
"Haji!! Saya ni Muzri..ustad Muzri…" Laung Ustad Muzri. Sehingga laungan itu didengari oleh Hajah Aminah. Berlari-lari deras Hajah Aminah menerpa daun pintu rumahnya yang masih tertutup rapat. Selak yang ketat di daun pintu di tarik kuat-kuat sehingga membuatkan pintu terbuka luas.
"Ustad…waalaikumusalam.." sambut Hajah Aminah. Matanya bergenang dengan air mata. Kasihan melihat keadaan Hajah.
"Kakak ..di mana abang Haji? Katanya ada masalah..di mana anaknya kak?" soal Ustad berkali-kali. Angin dan ribut yang kencang masih menguasai laman rumah Haji Abu Bakar. Ustad Muzri dan Kasim mula membaca doa dan ayat dari al-Qursi. Kakinya mula melangkah. Lampu yang berkelip-kelip tiba-tiba menjadi normal kembali.
"ARGHHHHHHHHHH!!!!! JANGAN GANGGU AKU!!!" Jeritan dari dalam bilik mengejutkan ustad Muzri dan Kasim. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bilik tempat di mana Haji Abu Bakar dan anaknya berada. Meraung-raung murni di atas katil sambil mengeleding kesakitan akibat di renjis air yasin oleh Haji Abu Bakar.
"Assalamualaikum Haji.." Sapa Ustad Muzri
"Waalaikumusalam..hah ustad mujur ustad datang..anak saya dah semakin teruk. Jin yang merasuk ke dalam badan murni mengamuk agaknya. Saya renjis dengan air yasin tadi" tergesa-gesa dalam lelah Haji Abu Bakar bercerita. Murni mengerang-ngerang. Murni meludah-ludah.
Bau busuk yang keluar dari mulut Murni membuatkan ustad Muzri, Haji Abu Bakar dan yang lain-lain menekup hidung dengan kain. Tiba-tiba murni muntah. Lendir hijau keluar dari mulut murni bercampur aduk dengan darah melimpah ke atas bajunya sendiri. Murni semakin lemah. Badannya layu lembik dan meniarap di atas katil.
"Haji dan Kasim..saya minta tolong pegang tangan murni kuat-kuat.." pinta ustad sambil duduk di hadapan murni. Tubuh murni dibalikkan.
"Ya Allah..ustad.." Semua orang yang melihat murni terkejut berbau hiba. Mata masing-masing terbeliak selepas menyaksikan ulat semakin beranak di atas katilnya. Ulat nagka yang keluar dari celahan kain baju murni pakai.
"subhanallah!" Ustad Muzri menggeleng-gelengkan kepalanya. Sambil berdoa mengambil air yasin yang dijampi oleh Haji Abu Bakar sebelum ini. Lalu menghembus ke dalamnya. Bergetar beralun air yang ada di dalam gelas yang sedang dipegang olehnya. Direnjis-renjis dan diusapkan ke dahi murni.
Lalu diberi minum. Keadaan murni yang lemah menyebabkan ustad terpaksa meminta bantuan Haji Abu Bakar untuk menyuap air yasin itu tadi ke dalam mulut murni. Murni bergeliat kencang. Kelekang!! Tiba-tiba sahaja cermin di dalam bilik itu pecah.
"Aaaaaarrrgggghhhhh!!!!! " Murni menjerit dan menangis teresak-esak. Sayu-sayu diselang-seli dengan suara mengusik benda yang menumpang dalam badan murni.
"Panas…..Panas….Panas…" Raung Murni. Air yang masuk ke dalam mulutnya seolah-olah seperti cairan besi panas yang membakar lidah dan lohong tengkoknya.
"Panas?" Soal Ustad Muzri.
"ye!!!PANAS!!!" jerit jin kafir.
"Wahai jin kafir..kalau kau rasa panas..itu hanyalah panas di dunia.. Adakah kau tidak takut dengan panas api neraka dan azab yang akan kau hadapi kelak?" soal ustad Muzri lagi kepada jin kafir yang sedang menguasai tubuh murni.
"BUAT APA AKU PERLU TAKUT!!" ujar jin kafir itu dengan angkuh. Sambil ketawa mengekeh-ngekeh. Pantas untad Muzri memegang ubun-ubun kepala murni. Ayat al-Dukhan dan al-Jin di bacanya perlahan sehingga habis lalu menghembus ke ubun-ubun murni.
"PANAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!AAAAAAARRRRGGGGHHHH!!!!!" jerit jin kafir itu.
"Kamu panas?..sekarang kamu mahu keluar atau tidak?..." soal Ustad dengan kuat. Jin senyap dan membisu.
"Baiklah..apa tujuan kamu masuk ke dalam tubuh anak gadis yang lemah ini. Dia tidak pernah menyiksa kamu. Tidakkah kamu kasihani dia wahai jin kafir?" Tanya ustad Muzri lagi.
"Tidak!"
"Habis itu?"
"Aku disuruh oleh manusia untuk menyiksa anak gadis ini.."
"Siapa?"
Darah yang keluar dari tubuh murni semakin likat membasahi kain cadar. Habis baju putih ustad Muzri dicemari tompokan darah.
"Aku tak tahu!!"
"Betul kamu tidak tahu?"
"ye!!" Jerit jin kafir. Lantas air yasin di sembur ke muka murni lagi. Kuat renjisan air yasin itu jatuh ke muka murni.
"Panas!!" Jin Kafir menjerit.
"Jawab, siapa yang menghantar kamu?"
"manusia perempuan" lelah jin kafir itu menjawab.
"manusia perempuan mana?"
"manusia perempuan yang dengki dan tak bagi gadis ini kawin dengan manusia lelaki itu"
"siapa?" Soal ustad Muzri lagi.
"Aku tak tahu!"
"Baiklah kalau kamu tak tahu..boleh kamu keluar dan pergi jangan kembali lagi?? Pergi kamu kepada tuanmu.." jin kafir itu senyap.
"ye..baiklah aku keluar" janji jin kafir.
"keluarlah.." berjam-jam ustad Muzri menunggu jin itu keluar dari tubuh murni. Jin kafir itu berdusta. Berbohong.
"Hai jelmaan jin dan manusia, jika kamu sanggup menebus (melintas) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, )jin dan manusia dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya).
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dusta?" ujar ustad Muzri panjang lebar. Tangannya masih memegang ubun-ubun kepala murni. Air yasin masih membasahi kepala murni.
"Baiklah..aku keluar.."
"janji??"
"ya ..aku janji"
Dengan kuat papan gelegar rumah itu bergetar. Dengan kuat langkah jin kafir itu menerjah papan lantai rumah. Sehingga dua tiga langkah terus hilang. Suasana rumah haji Abu Bakar bertukar cerah kembali.
Lampu yang malap serta suram menjadi semakin cerah terang berderang. Kasihan murni masih terjelepuk terbaring di atas katil. Hajah Aminah terus mendapatkan murni. Tubuh anak itu dipeluk kuat. Lemah lengannya. Tak terdaya untuk disentuh.
Tepat jam 3.00 pagi: Di rumah usang di tepi sungai Kolok, Yala, Thailand.
Pelepang! Cermin tingkap dipecahkan oleh jin kafir. Lalu menerkam, memakan dan merantah tubuh serta darah bomoh siam itu. Perempuan yang menyuruh bomoh siam itu menzalimi murnipun turut terima akibat dan balasan. Perut perempuan itu menjadi kembung dan berulat. Pada malam itu juga perempuan itu mati.
Tepat jam 12tghari: Di hadapan rumah perempuan muda yang mati.
"apa yang bau busuk ni??" soal seorang remaja yang lalu dengan basikal tuanya di hadapan rumah milik perempuan muda itu. Tidak jauh dari rumah Haji Abu Bakar. Naik bulu roma dibuatnya. Tiba-tiba terdengar sayu-sayu suara perempuan sedang mengilai. Litang pukang remaja itu lari.
Orang-orang sekitar tidak dapat menahan bau yang semakin kuat sehingga ada yang muntah dan demam. Ustad Muzri dan Haji Abu Bakar serta penduduk sekitar cuba melawat rumah perempuan muda yang dikatakan tidak pernah keluar selepas beberapa hari.
"Assalamualaikum…" Bau seakan bagkai haiwan semakin dekat selepas mereka mendekati pintu rumah perempuan muda itu.
Krakkk…..kreekkk…pintu terbuka dengan perlahan. Alangkah terkejut melihat mayat perempuan itu terbongkang di atas lantai rumahnya.
"Ya Allah..dah berulat Haji.." Ustad menekup mulutnya dengan kain serban. Keletak-keletak..Bunyi seperti ada orang berjalan di dalam bilik. Ustad Muzri meninjau-ninjau bilik yang tertutup rapat itu. Daun pintu dibuka luas..lalu diterangkan dengan lampu.
"Astagfirullahal azim..Haji..ini gambar anak Haji bukan?" Sekeping gambar dihulur kepada Haji Abu Bakar. Kemeyan, Pisau, tempat pembekar kemeyan, colok, dan anak patung yang diikat dengan tali dilihat bergelimpangan di atas lantai.
"Haji…inilah orangnya yang selama ini menyihir murni.." Beritahu Ustad Muzri. Haji Abu Bakar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Mengenangkan nasib anak daranya Murni, tiada belas dan kasihan untuk perempuan muda yang sanggup menzalimi orang lain kerana cinta terhadap tunang murni. Zalim sungguh perempuan ini. Inilah balasan kerana menzalimi orang lain tanpa belas dan kasihan.
Ada sepucuk surat di atas meja. Ustad Muzri membacanya. Sedih pabila membaca sepucuk surat dalam gengaman sekarang.
13.12.1995
"Hakim..kenapa kau sanggup buat aku bergini..aku manusia juga, tetapi kenapa perempuan itu kau pilih. apa ada pada perempuan itu. kau kejam Hakim. Aku cantik berbanding perempuan itu. Aku dendam pada kau Hakim! tapi aku lagi dendam pada betina itu!
Aku akan seksa betina itu! aku akan buat dia menderita sepertimana aku menderita sekarang Hakim."....lalu Ustad Muzri membakarnya tanpa semua orang dalam rumah itu menyedarinya.
Catat Ulasan