Pergi Dia Meninggalkan Penganti



Suasana didalam rumah banglo putih ini begitu riuh sekali. Sanak saudara bertumgkus lumus menyiapkan persediaan perkahwinan aku dengan wanita pilihan umi dan walid. Riuh rendah suasana rumahku ketika ini,mereka bergembira,maklum sahajalah aku anak tunggal dalam keluarga ini.

Mereka bergembira,namun hatiku sakit semakin parah. Walaupun berat hati ini namun aku terpaksa mengikut kata orang tuaku. Tiada siapa yang tahu,hati ini bagai dilanda ribut,ditusuk sembilu,ditiup angin yang kencang kerana nama yang bakal kusebut dalam lafaz akad nikah bukan nama sidia, Arisyah Umairah Binti Mohd Hamidi.

Umi dan walid ingin memperjodohkan aku dengan Syarifah Khairiah kerana ingin mengekalkan status Syeikh dalam keluarga kami. Kadang-kala aku terfikir kenapa aku diberi nama Syeikh Mohd Aiman Bin Syeikh Mohd Idris.Kerana nama ini,umi dan walid menolak cinta hatiku.

Syeikh Aiman memandang sepi telefon bimbitnya.Tiada lagi kedengaran panggilan telefon dari Arisyah Umairah. Sejak daripada malam itu, Arisyah sepi tanpa mengirim berita.
"Arisyah,umi ingin memperjodohkan saya dengan...."

"dengan Syarifah Khairiah?.."belum sempat aku menghabiskan kata-kataku,dia menyambung laju menghabiskan kata yang ingin aku sampaikan.

"dari mana awak tahu semua ini?"aku mempersoal kembali.
"Syeikh Aiman,dia pilihan umi kamu,terima dia dan jangan kecewakan orang tuamu…"Suasana begitu sepi bagai meratap kesedihan kami.

"tapi saya sayangkan awak Arisya tiada satu atau dua hati ini untuk diberikan kepada orang lain."Aiman menatap wajah Arisyah penuh keikhlasan.

"Syeikh Aiman,percayalah pada jodoh,kerana setiap hambaNya mempunyai jodoh masing-masing.."mutiara jernih menitis tanpa dapat dikawal.

Arisyah yang sedang menyapu krim pencerah muka Fair &Lovely,segera tertumpu ke telefon bimbitnya. Tertera nama Syeikh Aiman di skrin telefonnya.harus diangkat ataupun tidak? Itu yang bermain di fikirannya. Kali pertama deringan itu dibiarkan. Namun deringan itu berdering lagi.

" Asalammualikum.."kedengaran suara Aiman.

"waalaikumsalam.."hanya itu yang dibalas oleh Arisyah.
"kenapa panggilan saya lambat diangkat?.."soalan itu membekukan fikiran Arisyah.

"dalam bilik air tadi.."sepi suaranya dihujung talian.

"Arisyah,saya rin…" belum aku menghabiskan kata-kataku,dia menyambung sepi.

"Syeikh Aiman,jangan awak ungkap lagi kata-kata itu. Rindu awak hanya untuk dia,kasih awak hanya untuk dia,dan cinta awak juga hanya untuk dia,Syarifah Khairiah bakal suri hidupmu. Simpan kata-kata itu untuk dia awak" Mutiara jernih menitis lagi,murah sungguh harga setitik mutiara itu.

"Arisyah Umairah,setahun lamanya kita labuhkan cinta kita bersama,kasih kita bersama,rindu kita bersama. Tidak mudah untuk saya alihkan semua itu untuk orang yang tidak saya cintai."Keegoan seorang lelaki tidak lagi terpampar dalam diri Aiman,setelah jiwanya kalah dengan desakan air mata Arisyah yang turut menitiskan air matanya juga.

"Aiman cukuplah,anggap ini bukan jodoh kita.."Habis kata-kata itu,talian diputuskan oleh Arisyah. Tidak sanggup lagi menahan kesedihan untuk terus mendengar kata-kata dan suara dari orang yang sangat dia cintai.

Arisyah Umairah berpusing kekiri dan kekanan. Menukar-nukar posisi tidurnya. Dia tidak mampu melelapkan matanya. Wajah Syeikh Aiman bermain terus difikiranya. Lantas dia bangun mencapai leptop di tepi katilnya. Dia membuat keputusan untuk mengerimkan emel kepada Aiman.

Skrin laptopnya menunjukkan waktu malam berlalu pergi. 2.30 pagi,jarinya mula menaip bait kata buat insan yang berada dihatinya. Dengan wajah yang sepi ditemani sunyi dimalam hari,dia mengarang sebuah puisi buat Aiman,meluahkan hatinya yang sedang luka.

"kenapa hati ini rasa bengini,
melihat dirimu dan mendengar suaramu,
hatiku begetar seperti getaran rebana yang diketuk kuat.
Bila kau didampingi rama-rama cantik,
hatiku sakit bagai ditusuk sembilu,
pedih,parah,luka segalanya aku rasakan.
Aku ingin kau sentiasa berdamping denganku,
Seperti pantai dan pasir.
Namun datangnya rama-rama cantik itu
memisahkan kita untuk melabuh kasih dan sayang.
Kini aku hinggap didahan yang layu,
Melihat kebahagiaan rama-rama cantik itu bersamamu.
Mutiara jernih,menitis tidak berlagu.
Pergilah sayang,aku hanya mampu melihat dirimu dari jauh sayang..."

Sesudah mengukir kata, jarinya menekan butang Send ke Emel Aiman. Niatnya hanya untuk mempercepatkan waktu pagi ke waktu subuh. Namun luahannya itu dibalas oleh Aiman.

"Arisyah,saya memang tidak pandai untuk membina kata indah buat dirimu,tapi percayalah hati ini kuat mengatakan yang Syeikh Aiman hanya ingin melabuh kasih,dan ingin jua sentiasa berdamping bersamamu Arisyah Umairah. Percayalah sayang…"

Emel itu hanya dibiarkan oleh Arisyah tanpa dibalas. Aiman menanti dan terus menanti. Hanya tinggal dua minggu hari pernikahan Aiman dengan Syarifah Khairiah. Jauh dilubuk hati jejaka itu tidak sedikit pun mengambil tahu urusan pernikahanya itu. Namun yang difikirkanya hanya Arisyah Umairah.

Setibanya Syeikh Aiman diruma yang baru pulang dari tempat kerja,terus menuju kebiliknya. Tidak dihirau umi dan walidnya yang sedang minum petang di ruang makan. Sejak keputusan umi dan walidnya untuk menyatukan Aiman dengan Syarifah Khairiah,keadaan suasana rumah itu tidak indah lagi buat Aiman. Hilang segala senyuman dari bibir jejaka itu.

Wajah riang Arisyah Umairah hilang bagai ditiup angin. Sepi hidupnya kini hanya dia yang tahu. Dahulu Arisyah dan Aiman sering bermadah janji,namun kini janji hilang tanpa perlu dicari. Gambar yang disimpan kini terkubur menjadi debu api. Segala memori ingin dilupuskan agar hati yang kecewa tidak semakin parah. Dalam ingin menghapuskan segala kedukaan,mata yang jernih milik wanita cantik ini tertumpu pada sampul surat yang berada di sisi katilnya. Dia mengambil surat itu dan membukanya lalu berbisik,

‘Ya Allah,apakah nasibku ini. Aku hidup sentiasa dibasahi air mata.

Setiap hari,diriku didatangi kesedihan dan keperitan. Setelah aku menangis kerana sankit yang menimpa,kini aku menangis kerana cinta yang tidak diakhiri dengan hati yang gembira. Ya Allah,aku lebih rela kau ambil nyawaku atas kesakitanku ini,dari aku terseksa dengan kepedihan hidup melihat kekasihku mengucup dahi seorang wanita yang bergelar isteri.

Dan wanita itu bukanlah aku... Maafkan saya Aiman,kerana menyembunyikan satu perkara bahawa saya kini sedang bertarung dengan kematian. Saya tidak ingin awak mengetahui perkara ini, kerana awak bukan lagi milik saya...’

Berat matanya untuk berpisah dari memandang wajah Syeikh Aiman.

Tidak jemu-jemu Syeikh Aiman memandang frem yang disisipkan gambar mereka berdua. Kenangan yang selama ini dibina,hilang ditiup angin. Rindu yang selama ini dirasa kini dihalang oleh tembok yang kukuh. Cinta yang selama ini terbina,hampir musnah akibat gelora yang menimpanya. Hanya Tuhan yang tahu,hatinya kini masih mengharap Arisyah Umairah yang akan menjadi isterinya. Dia berdoa dan terus berdoa agar segalanya masih sempat diubah.

Seperti ingin dihempas sahaja telefon bimbitnya kelantai apabila tertera nama Syarifah Umairah. Deringan telefonnya tidak berhenti-henti,seakan-akan menyuruh untuk diangkat.

"Assalammualaikum Aiman.."dia memulakan bicara.

"Waalaikummusalam,kenapa awak telefon saya?.."suaraku tegas.
"maafkan saya Aiman,umi awak menyuruh saya untuk mengajak awak pergi memilih baju pengantin kita..."Terang wanita itu ketakutan.

"awak pergilah dengan umi saya sahaja,saya tiada masa.."Aku terus mematikan panggilan itu.

Aku tahu tidak wajar aku melakukan semua ini kepadanya,kerana dia juga terpaksa mempersetujui perancangan yang dibuat oleh keluarga kami. Ini semua juga bukan kehendaknya,untuk merampas aku dari wanita yang aku cintai. Aku tiada niat untuk berlaku kejam dan berkeras padanya kerana dia dari kalangan hawa yang patut dilindungi. Tetapi aku masih tidak bolem memberikan kepadanya kelembutan yang selama ini aku berikan pada Arisyah Umairah. Hatiku masih belum boleh menerimanya.

Sesudah selesai mencuci wajahnya dan siap disapu rapi dengan krim pencerah muka Fair &Lovely ,dia duduk teringatkan kenangan sewaktu hari pertama dia berjumpa dengan Syeikh Aiman. Waktu itu Arisyah berada di sebuah pusat membeli-belah Gradiant,yang sedang sibuk matanya mencari pencerah muka Fair & Lovely. Sedang fokus merenung kotak pencerah muka itu,datang seorang lelaki melanggarnya dari belakang.

"sory,sory tak sengaja…"wajah lelaki itu cukup tenang.
" it`s ok.."senyuman diberikan.

Sejak dari kejadian itu Arisyah dan Aiman bertukar-tukar nombor telefon bimbit.

Dan terbinalah sebuah ikatan kasih dan sayang antara mereka berdua. Namun segalanya hanya sementara.

Sekeping kertas dan sebatang pen biru dicapai oleh Arisyah Umairah. Malam ini dia ingin meluahkan segalanya. Hatinya yang luka kerana kasih yang tidak dapat dikecapi dengan insan yang tersayang,kini ingin diluahkan. Hanya tinggal seminggu lagi,Aiman bakal menggeggam tangan Tok Kadi dan bakal menyarungkan cincin di jari manis suri hidupnya. Tapi malang sekali jari manis itu bukan milik Arisyah Umairah.

"Assalammualaikum, buat insan yang pernah singgah dalam hati kecilku ini,Syeikh Mohd Aiman Bin Syeikh Mohd Idris. Apa khabar awak? Saya disini mungkin kelihatan sihat,tapi… tak apalah mungkin suatu hari nanti awak akan tahu. Aiman,seminggu lagi awak bakal menjadi seorang suami.

Mungkin hatimu sedang gugup sekarang menanti untuk berada dihadapan Tok Kadi kan? Tapi sungguh hati ini kecewa kerana bukan namaku yang bakal kau sebut dalam lafaz akad nikah. Bukan juga jari manisku ini yang bakal kau sarungkan dengan cincin pilahanmu. Hati ini juga hancur kerana dahi yang bakal kau kucup erat dengan lafaz Bismillah, bukan miliku juga.

Tapi semua itu bakal dimiliki oleh insan yang bertuah iaitu Syarifah Khairiah,bakal suri hidupmu. Aiman disini saya ingin menyatakan,bahawa hati ini cukup kecewa kerana tidak dapat memiliki kasih sayangmu hingga akhir hayatku. Namun saya bersyukur kerana dalam masa yang singkat hidup didunia ini,saya dipertemukan denganmu untuk melabuh cinta dan sayang walau hanya sementara.

Terima kasih kerana pernah mengungkap kata cinta dan sayang buat diriku.Hari ini hati ini rela mengatakan untuk melepaskanmu dari hatiku yang sangat dalam buat insan yang bernama Syarifah Khairiah. Pergilah sayang,labuhkan segala cinta dan sayangmu buat insan yang bakal menjadi suri hidupmu..."

-Ikhlas dari hatiku Arisyah Umairah.-

Surat itu disimpan rapi. Ingin diserahkan kepada Syeikh Aiman di lapangan terbang esok. Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya,nama yang didail ialah Syeikh Aiman.

"asssalammualaikum Aiman.."
"waalaikummusalam,Arisyah tidak saya percaya suara awak yang saya dengari sekarang"

"awak rindukan saya…"

"tidak Aiman,bukan itu tujuan saya,tapi saya ingin berjumpa dengan awak esok,boleh?"tegas lantaran suaranya.

"boleh,dimana?"senang hatinya menjawab pertanyaan Arisyah.
"di KLIA,sebelum pukul 10.00pagi. jangan lambat ya.."

"tapi kenapa disana..."Soalanya itu tidak dijawap malah Arisyah hanya berkata..

"saya tunggu awak disana esok,assalammualikum"

Aiman kehairanan,mengapa perlu berjumpa disana.Persoalan itu dibiarkan,tidak sabar hatinya meronya-ronta untuk datangnya pagi singgah di jendela esok.

Seawal 8.30pagi,Aiman keluar menuju ke KLIA. Sejambak bunga ros dibelikan untuk Arisyah. Terlalu teruja jejaka itu apabila Arisyah meminta untuk bertemu dengannya. Segala masalah hilang dari bebanannya.

Arisyah Umairah duduk sambil membelek telefon bimbitnya. Kelihatan diskrin telefonnya message dari Aiman yang dikirimkan malam tadi selepas panggilan telefon dimatikan.

" Arisyah,tidak sabar untuk saya menanti hari esok untuk bertemu denganmu,tunggu kedatangan saya sayang.."

"Arisyah.."suara itu datang menyapanya.Bunga dihulurkan pada Arisyah.

"terima kasih sebab sudi datang.."

"untuk awak segalanya saya sanggup lakukan.."

"sebenarnya saya nak berikan ini untuk awak,mungkin yang terakhir untuk awak."sampul surat dihulurkan.

"maksud awak.."matanya sambil tertumpu pada beg bangasi baju yang berada di sebelah Arisyah.

"saya akan pergi,pergi jauh dari sini,saya akan tinggalkan tempat ni dan mungkin tidak sempat untuk saya hadir majlis perkahwinan awak. Tapi saya janji akan mendoakan kebahagiaan awak bersama dia..."sepi wajahnya,air mata tidak dapat ditahan lagi.

"tidak,saya tidak akan membenarkan ini berlaku,saya sayangkan awak…"

"Cukup Aiman,ini keputusan muktamat saya,"

"Arisyah,kalau memang ini yang akan terjadi hari ini,tidak saya menunggu waktu ini tiba.."

"Aiman selamat tinggal,assalammualaikum…"

Aiman hanya diam membisu,tiada kata yang mampu keluar dari bibir Aiman. hanya Wajah Arisyah semakin lama hilang sedikit demi sedikit ditelan manusia yang berpusu-pusu ke pintu utama.Akhirnya wajah manis gadis itu hilang terus dari pandangan Aiman.

Waktu malam tiba begitu pantas sekali. Aiman duduk diberanda biliknya,sedih hati apabila membaca surat yang diberikan oleh wanita yang kini pergi meninggalkanya. Terselit sekeping nota di surat itu yang tertulis ‘usah kau cari lagi diri ini kerana tiada tempat yang akan kau temui dimana sembunyiknya diri ini.’

"ibu,tolong sampaikan hadiah ini untuk Aiman. Mungkin Arisyah tidak sempat untuk memberikannya sendiri.." wajah yang cerah dijaga rapi selama ini kelihatan pucat dan lesu. Lemah tubuhnya diatas katil disamping ibu yang tersayang.
"baiklah sayang,nanti ibu sampaikan…"

Di saat akhir hidupnya,dia sebenarnya pulang ke kampung halamannya di Sarawak. Ibu dan ayah yang menjadi peneman disampingnya.

"ibu Arisyah tidur dulu ya,nanti ibu kejutkan Arisyah ya ibu…"matanya kuyu melihat wajah ibunya.

"ya,sayang…"

"Arisyah bangun sayang,ibu bawakan bubur untuk Arisyah,bangun sayang…"tanganya sambil membelai lembut tangan Arisyah.

"Arisyah,Arisyah bangun sayang…"panggilan itu hanya dibiarkan oleh Arisyah.

"Arisyah!!abang!"jeritan itu mengejutkan suaminya yang berada di ruang tamu.

Suasana suram bagai meratapi pemergian Arisyah. Kawasan perkuburan dipenuhi sanak saudara. Kini jasadnya meninggalkan nama yang sepi. Tiada siapa yang mampu menolak takdirNya. Kesengketaan barah otak yang selama ini dialaminya kini berakhir dengan kematian. Kesengketaannya hanya dia yang rasa.

Tepat jam 10.00pagi,tangan mengaminkan bacaan doa. Kini Aiman selamat diijapkabulkan bersama Umairah. Memang sudah takdir,jodoh Aiman bersama Syarifah Umairah. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

"assalmmualaikum Aiman..."

Sedang sibuk pengantin bersalaman dengan sanak saudara suara itu menyapa Aiman.

"pak cik,Arisyah mana pak cik,dia tak ikut sekali..?"Arisyah yang menjadi soalan utamanya.

"Aiman ini hadiah dari Arisyah,ini pesanan terakhir dia yang kami perlu sampaikan..."

"apa maksud pak cik..."Aiman tidak memahami maksud ayah Arisyah.

"Aiman,Arisyah,Arisyah dah tiada..."sedih ibu Arisyah mengeluarkan fakta itu.

"tidak....!!" semua pandangan tertumpu pada Aiman yang sedikit menjerit.

"Aiman,saat awak membaca ruangan ini mungkin saya sudah tiada disini,di dunia ini. Lamanya saya menyimpan rahsia ini kerana tidak sanggup saya melihat kesedihan yang akan awak berikan pada saya. Biarlah awak menitis air mata setelah hilangnya nyawa ini,dari terpaksa melihat air matamu menitis bersimpati terhadap diri ini yang menanggung sakit yang tiada ubatnya.

Saya menghidap sakit barah otak pada tahap kritikal. Baru beberapa bulan saya mengetahui sakit ini. Jadi tiada gunanya untuk saya mencari penawar mengubat penyakit ini,kerana tiada ubat yang mampu menyembuhkannya.

Namun sakit ini terasa bagai hilang saat saya bersama awak. Itu sudah cukup melupakan kesakitan yang saya rasakan. Aiman,mungkin suatu saat saya akan pergi meninggalkan awak. Dan tidak sanggup rasanya saya tinggalkan swak seorang diri disini. Mungkin kerana itu, Tuhan mempertemukan jodoh awak bersama isteri yang berada disisimu sekarang. Aiman,sayangi dia lebih dari awak menyayangi diri ini.

Tolong Aiman,ini permintaan saya. Lakukannya agar hati ini tetap gembira melihat kebahagiaan awak dari sana,di suatu tempat yang sangat jauh. Laptop ini saya hadiah kan kepada awak,isikan segala memori awak bersama keluarga barumu disini. Maafkan segala kesalahan saya selama saya berada dihati awak. Sampaikan salam saya buat isterimu. Salam dari Arisyah Umairah Bt Mohd Hamidi,Sarawak...."

Tubuhnya bagai ingin rebah. Segalanya terungkai hari ini. Isterinya dipeluk erat oleh Aiman,agar permintaan Arisyah dimakbulkan.
"Arisyah,saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyayangi dia,terima kasih Arisyah kerana pemergianmu meninggalkan peganti walau hati ini berat untuk menerimanya...".Aiman akan sedaya upaya menyayangi isterinya sebagai seorang suami. Itu janjinya pada Arisyah Umairah.






0/komen