Resepi Ais Krim Pudina Coklat Chip



Bahan-Bahan:
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan dairy whipping cream
  • 2/3 cawan susu pekat manis
  • 2 1/2 sudu besar serbuk koko – diayak supaya tidak bergentel
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 cawan badam cincang – disangar
  • 8 keping biskut Oreo – dipotong kecil tanpa buang krim
  • 3/4 sudu kecil esen mint (pudina)
  • pewarna hijau secukupnya
  • 1/8 sudu kecil garam


Cara Membuat:

1. Satukan susu segar, whipping cream, susu pekat manis, esen
    vanila, dan garam. Pukul hingga pekat dan bertanduk (Bila
    diterbalikkan, bahan tak jatuh).

2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur
    serbuk koko dan sebahagian lagi dicampur esen mint dan
    pewarna hijau. Sebatikan.

3. Setelah sebati, bahagian coklat dicampur dengan badam cincang,  gaul rata.
    Bahagian mint dicampur dengan biskut Oreo, gaul rata.

4. Bubuh kedua-dua adunan mengikut kreativiti anda, boleh bubuh
    selapis-selapis atau selepuk ke dalam acuan atau bekas kemudian  ditutup.

5. Masukkan ke dalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam atau
    sehingga ice cream mengeras (ikut suhu freezer masing-masing)
    sebelum dihidangkan.


0/komen