Resepi Pulut Kuning




Bahan-Bahan

  • 1 kg beras pulut
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1000 ml santan kelapa - dari sebiji kelapa
  • garam secukup rasa
  • 1 inci kunyit hidup - tumbuh dan tapis air
  • 1 helai daun pandan- disimpul
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 camca teh minyak masak


Cara Membuatnya

  1. Cuci pulut hingga bersih kemudian masukan kedalam bekas  cukup besar selepas tu tuangkan air hingga terendam.
  2. Masukan kunyit hidup bersama serbuk kunyit dan asam gelugor dan kacau rata kemudian rendam pulut selama 6 jam. agar warna kuning sekata sekali-kali gaulkan pulut tadi.
  3. Panaskan kukus dan toskan pulut kemudian masukan kedalam loyang yang sesuai. masukan juga daun pandan agar baunya lebih harum dan tekan agar daun pandan tadi tenggelam.
  4. Sementara itu dalam bekas lain campurkan santan (900ml) bersama garam, dan minyak kemudian kacau hingga rata dan tuangkan kedalam pulut tadi hingga pulut tadi terendam santan. dengan menggunakan api besar masak selama 30 minit.
  5. Selepas dimasak selama 30 minit balik-balikan tadi agar masak sekata. sisa baki santan (100ml) tadi sudukan keatas pulut dan gaul hingga rata.
  6. Akhir sekali, kukus pulut tadi hingga masak atau lebih kurang 10 - 15 minit. dan bila sudah masak bolehlah matikan api dan hidangkan bersama telur, rendang, atau gulai ayam.





0/komen