Terserempak Hantu Tanpa Kepala..!!!



Peristiwa ini sudah lama berlaku kepada Amir.Ketika itu,dia bermalam di hospital kerana menemankan isterinya yang bersalin.Sedang enak tidur,tiba-tiba dia terasa hendak membuang air keci.Dengan mata yang kelat,dia berjalan perlahan menuju ke tandas.Malangnya tandas banyak yang rosak dan dikunci.

Yang ada hanya sebuah.Dia terdengar ada orang didalam.Oleh kerana tidak tertahan lagi menahan,dia bergegas keluar.Dia menuju ke pagar klinik dan melepaskan hajat disana.

Sebaik sahaja dia berjalan menuju ke wad,dia terasa seram menyelubunginya.Ketika melalui koridor,dia terdengar bunyi katil ditolak.Pelik juga kerana pagi-pagi buta sebegitu,jarang pesakit dipindahkan melainkan dia sudah meninggal dunia.Amir berjalan secepat mungkin kemudian dia berhenti di hujung koridor..

Dia terpaku..

Jururawat yang menolak katil itu tidak berkepala dan melintas dihadapannya.Bau busuk menyelubungi setiap ruang dan darah meleleh melalui leher lembaga tersebut.Amir berasa lemah untuk berlari.

Suaranya tersekat dikerongkong dan pandangannya kabur...





0/komen