Bicara Hati Bab 12



ZAHLIA meletakkan buku-buku latihan di atas meja.Dia baru lepas mengajar subjek Matematik di kelas sebentar tadi.Kini, dia sedang membuat semakan ke atas buku latihan anak-anak yatim yang telah diberi semalam.Bibirnya menguntum senyuman kerana anak-anak muridnya telah mahir dalam subjek ini. Mata Zahlia meliar ke sekeliling ruang bilik pula.Ramai teman seperguruan yang tiada di situ.Mungkin sedang mengajar.

Patutlah sunyi! Mata Zahlia terpaku pada pintu bilik Hajah Rashidah, Pengurus Sinar Iram.Pintu bilik itu tertutup rapat. Zahlia membiarkan matanya melekat pada pintu bilik Hajah Rashidah selalunya terbuka.Pintu itu akan tertutup hanya jika ada tetamu yang hadir.Zahlia terpandang Fatimah yang leka dengan kerjanya. “Imah!” panggil Zahlia lembut. Fatimah tersedar.Mendongak memandang Zahlia.Fatimah menggerakkan kening memberi isyarat tidak mengerti. “Siapa datang jumpa Hajah Rashidah?” tanya Zahlia. Fatimah melirikkan matanya ke arah pintu bilik Hajah Rashidah.Dahinya berkerut.Kemudian matanya tertuju semula pada Zahlia. “Entah.” Fatimah menjawab dengan jungkitan di bahu. “Ada orang nak ambil anak angkat kot,” sambung Fatimah lagi. Zahlia terdiam.Tekaan itu tidak mustahil. “Kenapa Alia? Em, tak ada apa-apa.Pelik aku, pagi-pagi dah ada orang datang,” jawab Zahlia. 

Fatimah tersenyum dan menyambung kerjanya semula. “Kau ada melawat Razif?” soal Fatimah tiba-tiba. Zahlia memandang temannya dan menggeleng. “Belum.Tapi dia dah tahu tentang perkahwinan aku.Dia terkejut,“beritahu Zahlia dengan nada sedih. Fatimah membisu.Mendongak memandang Zahlia.Punggungnya diangkat, kemudian melangkah ke meja Zahlia. “Aku yang beritahu dia pasal perkahwinan kau tu.“ “Kau?” Fatimah mengangguk. “Dia dah lama sukakan kau, Alia! Mestilah dia terkejut,” ucap Fatimah. Zahlia mengetap bibir.Cepat- cepat dia menggeleng. “Aku dah anggap dia sebagai kawan.Tak boleh lebih dari itu.Aku tak boleh paksa perasaan aku,” beritahu Zahlia bersungguh-sungguh. “Laki kau tu, kau boleh sayangkan dia?” Zahlia terdiam. “Kau berkahwin dengan Syah dalam satu perjanjian, Alia.Kau memperbodohkan diri kau sendiri kerana nak menolong orang lain.

Aku belum pernah jumpa orang macam kau.” “Aku sayangkan Razifas a friend.Aku tak kisah kalau aku terpaksa berkorban untuk menolong dia.Kalau benda ni terjadi pada kau pun, aku pasti tolong Imah.“Fatimah tersenyum. “Bertuah aku dapat kawan macam kau Alia.Tapi bagaimana dengan hidup kau selepas segala-galanya selesai nanti?“ “Maksud kau?” “Yalah, kalau apa-apa yang berlaku pada perkahwinan kau.” Zahlia tunduk.Mengeluh seketika. “Entah.Aku pun tak pasti.Mungkin kami akan berpisah,” ujar Zahlia tenang. 

Fatmah cuba mengukir senyuman.Perlahan-lahan tangan Zahlia dicapai dan diramas lembut. “Aku bangga ada kawan seperti kau.Kalau kau tak ada tempat nak pergi, carilah aku,” beritahu Fatimah. “Itu, kau jangan risau.Aku dah merancang.“ “Apa?“ “Kalau mak tak mahu terima aku, aku mesti tumpang rumah kau boleh tak?“ “Kalau kau, mestilah boleh.Tapi,Apa pulak lagi?” berkerut dahi Zahlia. “Kalau tiba-tiba kau ditakdirkan terjatuh cinta pada Syah, apa kau nak buat?” “Oh,no…no,..no… tak mungkin! Kami hanya suami isteri di dalam surat perjanjian yang kami cipta.Not more than that! Dan aku akan pastikan hati aku tak akan terjatuh cinta pada lelaki ego!” bersungguh-sungguh

Zahlia melafazkan ayat itu. “Ohh, really?” “Hmm..Okay, we’ll see!” Perbualan mereka terganggu apabila pintu bilik Hajah Rashidah terbuka.Kelihatan seorang wanita keluar bersama Hajah Rashidah.Zahlia dan Fatimah berpandangan sesama sendiri.Dahi Zahlia berkerut.Wajah itu seperti pernah dilihatnya.Samar-samar di fikiran.Penampilan yang anggun dan menarik.Siapa?

0/komen