Halang Kemasukan Ke Mekah Dan Madinah Kerana Covid-19



Kerajaan Arab Saudi telahmengumumkan halangan memasuki Kota Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak Covid-19. Tindakan ini diambil selepas dunia melihat jumlah kes kematian serta penghidap akibat wabak ini di negara-negara Timur Tengah.


Selain menghalang jemaah dari melakukan umrah, Saudi juga menghalang pemberian visa kepada pelawat yang berasal dari negara yang mempunyai risiko tinggi membawa virus. Senarai negara yang jatuh ke dalam kategori ini tidak pula diberikan pada waktu ini.

Tindakan yang diambil tidak pernah dilakukan sebelum ini walaupun ketika kemuncak wabak MERS pada tahun 2012 yang meragut 600 nyawa. Seperti MERS, virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan Covid-19 adalah dari keluarga koronavirus.

Kerajaan Saudi menegaskan halangan ini hanyalah sementara bagi mengelakkan penyebaran virus. Ia pastinya mendapat perhatian umat Islam kerana musim haji tahun ini akan bermula pada bulan Julai. Sekiranya halangan tidak ditarik sebelum bulan tersebut, terdapat kebarangkalian musim Haji tahun ini dibatalkan.

0/komen