HTC Wildfire R70



HTC Wildfire R70 telah diumumkan dan ia sebuah lagi peranti kelas permulaan yang dilengkapi sistem tri-kamera. Peranti mempunyai skrin 6.53″ LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio P23, memori sebesar 2GB dan storan hanya sebesar 32GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 256GB.


Kamera utama sebesar 16+2+2 MP dipadankan dengan lensa sudut lebar, makro dan pengesan kedalaman. Kamera swafotonya pula ialah sebesar 8 MP. Kedua-dua kamera hanya sekadar mampu merakam video pada resolusi 1080P. Lebih mengecewakan Wildfire R70 masih lagi menggunakan sistem operasi Android 9.

Sebuah bateri sebesar 4000 mAh melengkapi spesifikasi tetapi sekadar menyokong pengecasan berwayar 10W menerusi port mikroUSB. Akhir sekali terdapat sebuah bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah peranti. Buat masa ini HTC Wildfire R70 akan ditawarkan untuk pasaran India dan Thailand sahaja tetapi harga masih belum diumumkan.

0/komen