Huawei kini telah memperkenalkan kemaskini kepada model komputer riba mercu mereka, iaitu MateBook X Pro.
MateBook X Pro yang baru hadir dengan rekaan seumpama versi sebelum ini, hadir dengan skrin 13.9-inci nirbingkai, menawarkan resolusi 3000×2000 dengan sokongan skrin sentuh, serta kini menyertakan pilihan berwarna hijau.
Model baru turut hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ke-10, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB, dan dilengkapi sokongan kad grafik NVIDIA MX250.
Huawei menyasarkan untuk memasarkan komputer riba ini bermula April 2020 kelak. Harga jualan rasmi untuk model baru ini di Malaysia masih tidak diketahui lagi.
Catat Ulasan