BUKAN ikan, tetapi apa yang diperoleh oleh seorang pemancing ini benar-benar membuatkan netizen pelik.
Menerusi satu rakaman, kelihatan haiwan yang berjaya ditangkap oleh pemancing berkenaan mempunyai sesungut seperti seekor sotong kurita.
Namun haiwan berkenaan hanya mempunyai tiga sesungut berbanding sotong kurita yang mempunyai lapan sesungut.
Ia juga mempunyai kepala yang agak besar dengan mulut yang ternganga.
Di dalam video tersebut turut kedengaran suara seseorang yang bertanyakan kepada ibunya mengenai haiwan tersebut.
Bagaimanapun tidak jelas di mana lokasi video itu dirakam.
Catat Ulasan