Manusia ke Zombi Yang Duduk Ni?













ADATLAH… Apabila sudah sewa rumah orang tu, maka haruslah menjaga milik tuan rumah dengan sebaik mungkin dan penuh bertanggungjawab.

Meskipun sudah tidak mahu duduk di kediaman berkenaan, rumah itu seharusnya dipulangkan kepada owner semula sama seperti keadaan asal.

Bukan hanya lepas tangan dan lebih teruk tinggalkan kediaman berkenaan dalam keadaan yang sangat jijik dan kotor!

Perkara inilah yang berlaku kepada netizen dikenali sebagai Ziera Rahman apabila mendapati rumah yang disewakan kepada sebuah keluarga ditinggalkan dalam keadaan ‘barai’.




Difahamkan penyewa berkenaan hanya meninggalkan pesanan ringkas sebelum keluar daripada rumah.

Kemudiannya, apa lagi dengan kejam penyewa berkenaan bertindak menyekat nombor telefon milik tuan rumah.

Eeee… Gelinya! Pengotor betul lah! Tengok je pun dah rasa nak muntah kan? Ini manusia ke apa yang duduk ni?

0/komen