Paparan Skrin Gaming 4K BenQ EW280U Dengan Sokongan HDRi




Jika anda sedang mencari sebuah paparan skrin 4K yang besar untuk bermain permainan komputer dan menonton video, BenQ baru-baru ini telah melancarkan paparan skrin BenQ Gaming EW3280U yang hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik.

Bermula dengan saiz paparan skrin dan resolusi, paparan EW3280U ini mempunyai saiz 32 inci dengan resolusi 4K (3840×2160) dan menggunakan panel IPS yang sangat bagus untuk kualiti imej yang bagus tidak kira anda bermain permainan komputer ataupun menonton video.


Dari segi input peranti, paparan EW3280U ini mempunyai dua palam HDMI 2.0, satu palam DisplayPort 1.4 dan satu palam USB 3.1 Type-C. Palam-palam HDMI dan DisplayPort semuanya menyokong sambungan ke PC untuk resolusi 4K, manakala palam-palam tambahan boleh disambungkan ke peranti-peranti lain seperti konsol permainan dan sebagainya.


Ciri-ciri lain yang terbina didalam monitor ini termasuklah sokongan untuk teknologi paparan AMD FreeSync, julat warna DCI-P3 setinggi 95 peratus dan juga sokongan DisplayHDR400 dan HDRi.


Bagi mereka yang tidak mempunyai ruang untuk pembesar suara, paparan ini juga mempunyai sistem audio 2.1 terbina didalamnya dan juga ciri treVolo yang memastikan anda mendapat kualiti audio terbaik.

BenQ EW3280U ini boleh dibeli di kedai atas talian BenQ  pada harga RM2899.

0/komen