Bahan Shell Tart
- 250 gm tepung gandum
- 125 gm margerin
- 50 gm gula icing
- 5 gm susu Nespray full cream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 biji kuning telur - Gred A
- 1/2 sudu besar air sejuk - ambil je dari peti ais
Cara-Cara
- pukul gula icing dan margerin hingga sebati kemudian tambahkan esen vanilla, tepung gandum, 1/2 biji kuning telur, susu full cream dan uli hingga dianya sebati guna senduk kayu.
- lepas tu tekan doh dalam acuan tart lebih kurang 4,5 cm dan buang lebihan doh itu pada tepi acuan kemudian cucuk bahagian tengah boleh guna garfu.
- ulangi proses tersebut hingga semua adunan habis, akhir sekali, bakar dalam oven (yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit awal) dengan suhu 170"C selama lebih kurang 25 minit. ingat jangan guna microwave sebab kalau guna microwave tart akan jadi batu.
Bahan Cheese
- 500 gm cream cheese ( cheese dikeluarkan dalam peti ais 10 minit awal )
- 100 gm gula icing
- 30 gm butter
- 20 gm non dairy whipping cream (optoonal)
- 1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
- sedikit esen vanilla
Cara-Cara
- siapkan bekas kemudian satukan gula icing, cheese, dan butter kemudian putar hingga dianya lembut lepas tu masukkan telur ( masukkan 1 sudu demi 1 sudu kerana anggaran 3 sudu besar sahaja) kemudian putar adunan sekejap.
- apabila adunan agak kental dan pekat boleh tambahkan sedikit whipping cream no dairy kemudian gaul dengan senduk.
- lepas tu susun shell tart dan letakkan filling pada bahagian tengahnya ( filling letak ikut suka boleh guna kiwi, bluberry, atau nuttela )
- masukkan cream cheese dalam piping bag kemudian gunting hujungnya kemudian letak cheese pada shell tart tadi, apabila anda ingin lagi buncit boleh letak lagi tinggi dan penuh.
- akhir sekali, hias tart sesuai selera dan bakar tart dalam oven bersuhu 170" C selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak, apabila cheese tak melekat pada jari apabila disentuh tart sudah masak.
Catat Ulasan