Samsung Galaxy M31



Samsung  telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar dibawah siri-M, iaitu Galaxy M31. Buat masa ini, siri-M daripada Samsung dilihat lebih ditujukan untuk pasaran India sahaja.

Samsung Galaxy M31 hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ dengan rekaan bertakuk kecil, dilengkapi cip Exynos 9611, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP + 5MP + 5MP, selain kamera swafoto 32-megapixel.

Menariknya, melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti besar, 6000mAh.

Di India, telefon pintar ini akan dijual pada harga Rp.15999 iaitu sekitar RM942.

0/komen