Vivo Apex 2020



Vivo Apex adalah peranti konsep daripada Vivo. Ia biasanya tidak akan dijual, kerana beberapa fungsi dan ciri dari Apex ini akan diimplementasikan di dalam Vivo NEX. Disebabkan acara MWC Barcelona 2020 dibatalkan, Vivo tidak dapat mengumumkan peranti mereka ini – jadi, video yang memfokuskan ciri-ciri utama telah diterbitkan.

Vivo Apex 2020 menggunakan skrin melengkung ke dua-dua sisi seperti Vivo NEX 3, cuma kali ini lebih lengkung – iaitu 120 darjah berbanding sebelum ini hanya 90 darjah. Saiz skrin adalah 6.45-inci, yang mana mungkin panelnya kekal menggunakan OLED. Vivo turut meneruskan rekaan nirbutang, yang mana tiada butang aras suara dan kekal menggunakan teknologi Screen Soundcasting generasi ketiga – iaitu butang virtual seakan NEX 3. Seterusnya, peranti ini turut menggunakan kamera swafoto bawah skrin bagi menawarkan skrin hadapan yang lebih imersif melalui rekaan nirbingkai penuh.

Untuk kamera utama, Vivo menyertakan sokongan zum 5x-7.5x melalui teknologi 4-kumpulan lensa yang boleh zum secara berterusan. Vivo turut menggunakan algoritma tersendiri yang membenarkan setiap rakaman sentiasa kekal auto-fokus dalam masa nyata. Lensa seterusnya adalah 48MP kamera gimbal. Vivo menyertakan micro gimbal yang menawarkan penstabilan imej 200% lebih baik dari OIS. Perisian kamera turut menjadi lebih baik degan sokongan photobomn removal, iaitu fungsi seakan content-aware dalam Photoshop. Mikrofon pada peranti ini juga mempunyai teknologi auto-fokus audio, yang menjanjikan setiap rakaman akan mempunyai kualiti audio yang lebih menakjubkan.




Akhir sekali, dengan rekaan nirlubang – peranti ini menyertakan sokongan pengecasan nirwayar 60W Wireless Super FlashCharge yang boleh mengecas bateri 2000mAh dalam masa 20 minit. Sayang sekali, semua fungsi dan ciri ini hanyalah sebuah konsep sahaja. Malah semua dalam video adalah satu simulasi animasi dan bertujuan untuk demonstrasi sahaja. Di laman Qualcomm, Vivo Apex 2020 disenaraikan dijana dengan cip Snapdragon 865 – tetapi ia mungkin hanyalah untuk prototaip sahaja


0/komen