Amaran Memandu Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan



Dikala dunia sedang dilanda wabak COVID-19, banyak perkhidmatan digital telah mula hadir dengan pelbagai jenis pengumuman dan notifikasi mengenainya.

Waze ialah sebuah aplikasi GPS yang cukup popular sekali di kalangan pengguna di Malaysia dan seluruh dunia, kerana ia bukan sahaja memberi pengguna jalan yang terdekat untuk ke sesuatu destinasi, tetapi ia juga menggunakan ciri crowd-sharing untuk memberitahu pengguna jika mana-mana jalan mempunyai kes kemalangan ataupun sekatan jalan.

Terkini ialah Waze, memperlihatkan amaran untuk para penggunanya untuk hanya keluar memandu apabila perlu sahaja apabila pengguna membuka aplikasi tersebut. Ini adalah selari dengan permintaan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara yang meminta rakyat hanya keluar untuk membeli barang keperluan.

Marilah kita sama-sama mengikuti arahan ini dan jika anda benar-benar perlu keluar, ikuti perintah jarak sosial untuk mengurangkan kes wabak ini daripada meningkat lagi.

0/komen