Anak Kucing Dua Muka



GAMBAR menunjukkan seekor anak kucing yang mempunyai dua muka.

CHARLESTON, West Virginia - Seekor anak kucing yang dilahirkan mempunyai dua muka berpeluang 50 peratus untuk hidup.

Anak kucing yang diberikan nama Two Face oleh pemiliknya itu dilahirkan telah dibawa ke sebuah klinik haiwan kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya.

Selain dua muka, haiwan tersebut mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata.

Seorang doktor haiwan, Erica Drake, memberitahu anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah.


0/komen