Huawei MatePad Pro


Huawei Malaysia  telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan tablet berkuasa tinggi terbaru mereka, iaitu Huawei MatePad Pro untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.


Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin 10.8-inci dengan paparan 2K QHD, dijana cip Kirin 990, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Tablet ini turut hadir dengan bateri 7250mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W, selain turut menyokong pengecasan berbalik.

Tablet memfokuskan produktiviti ini turut hadir dengan sokongann aksesori papan kekunci, selain turut dilengkapi ciri menghubungkan ke telefon pintar untuk produktiviti yang lebih baik.

Harga dan tarikh jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

0/komen