Jangan Terkejut Jika Alat Sulit Anda Disentuh




Seorang pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) memeriksa seorang penumpang di tempat-pemeriksaan keselamatan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Seattle.

Terdapat beberapa peraturan baru di beberapa lapangan terbang AS yang memerlukan setiap penumpang udara melalui mesin pengimbas tubuh yang menghasilkan gambar bogel mereka secara maya . Mereka yang tidak mahu diperiksa seperti ini terpaksa melalui pemeriksaan secara manual (pat-down) oleh pegawai TSA termasuk menyentuh kemaluan mereka .


LOS ANGELES (AP) – Ianya bukanlah jenayah fesyen, tetapi baju sejuk yang besar dan skirt labuh hingga ke buku lali yang dipakai Wendy Gigliotti menjadikannya sasaran pemeriksaan skrin di lapangan terbang.

Seorang pegawai wanita TSA memberitahunya, "Kami tak tahu jika ada sesuatu yang tersembunyi dalam skirt awak." Beliau kemudian diperiksa dengan cara yang beliau anggap telah melampaui had pemeriksaan fizikal.

"Saya bukan sahaja berasa seperti penjenayah, bahkan hak-hak saya juga dicabuli," kata Gigliotti.

Gigliotti adalah antara penumpang-penumpang yang berasa malu dan marah dengan kaedah baru pemeriksaan tubuh badan yang lebih ketat oleh TSA yang mula diaplikasikan bulan ini apabila musim percutian bermula.

Pakar-pakar perjalanan berkata kaedah pemeriksaan baru seperti itu akan membuatkan orang ramai memikirkan fesyen pakaian yang sesuai dipakai di lapangan terbang yang akan memudahkan mereka melepasi pemeriksaan skrin tanpa dimalukan.

Pakaian yang penuh dengan butang besi perlu dielakkan, begitu juga dengan coli berwayar (underwire bras). Pilih seluar panjang berbanding skirt. Pakaian besar akan menyebabkan anda melalui pemeriksaan yang lebih ketat. "Sekarang memang susah nak naik kapalterbang, jadi kita perlu bertindak secara waras," kata Susan Foster, penulis buku "Smart Packing for Today's Traveler." "Mari kita minimakan kesusahan ini."

Melissa Wood dari Marina Del Rey berkata dia membuat persiapan awal jika terpaksa melalui pemeriksaan tubuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dengan memakai seluar jean ketat, baju sejuk yang kecil dan boot kulit kambing. Beliau juga memastikan yang semua barang-barangnya dikeluarkan dari poket dan disimpan dalam beg tangan.

"Saya tidak mahu ada masalah apabila sampai di tempat pemeriksaan nanti," kata Wood.

Yang lain pula menyamakanya dengan peraturan Disneyland.

"Kita perlu berpakaian seperti di Disneyland untuk ke lapangan terbang, maksud saya memakai pakaian yang selesa serta kasut yang baik," kaya Aliise Becker, yang memakai turtleneck, seluar panjang biru dan kot untuk penerbangan dari Sacramento ke Los Angeles. "Hari-hari berpakaian cantik dan menarik dah berlalu."

Teknik mencari cara baru membolehkan pegawai TSA menggunakan bahagian depan tangan dan jari mereka untuk mengesan senjata-senjata tersembunyi di sekitar bahagian-bahagian sensitif, termasuk bahagian faraj dan payu dara. Pada masa lepas, pegawai TSA hanya menggosok bahagian-bahagian tersebut menggunakan belakang tangan.

Ramai yang membantah kaedah pemeriksaan intensif seperti ini kerana ianya melanggar kebebasan sivil termasuk kebebasan beragama, hak perseorangan dan perlindungan undang-undang daripada pemeriksaan yang tidak berasas.

Pegawai-pegawai persekutuan menjelaskan yang prosidur seperti itu penting bagi mengelakkan serangan pengganas seperti cubaan mengebom kapal terbang oleh lelaki Nigeria yang menyembunyikan bahan letupan dalam seluar dalamnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki San Diego yang berkeras tidak mahu diperiksa di bahagian kelangkang, memberitahu seorang pegawai TSA, "Kalau awak sentuh anu saya, saya akan pastikan awak ditahan" menjadi hit di internet apabila beliau menghantar pita rakaman pertengkarannya itu secara online.


0/komen