Kos Menggantikan Skrin Samsung Galaxy S20 , S20+ Dan S20 Ultra



Dengan saiz permukaan skrin yang amat besar, ia adalah antara peranti yang paling licin pernah pernah dipasarkan maka tidak mengejutkan jika ia terjatuh sehingga mengalami keretakan skrin. Bagi pemilik ketiga-tiga peranti ini, Samsung telah menerbitkan kos gantian untuk skrin milik anda.

Kos menggantikan skrin S20 ialah RM800, S20+ ialah RM870 dan S20 Ultra pula ialah RM920. Ini hanyalah harga kos komponen yang digantikan sahaja tidak termasuk kos buruh. Walaupun telah dilancarkan di Malaysia, kos menggantikan skrin Galaxy Z Flip masih belum disenaraikan oleh Samsung Malaysia.

Kos menggantikan skrin S20 Ultra ialah sama dengan kos menggantikan skrin Note 10+ walaupun ia bersaiz lebih besar. Selepas melihat kos membaiki kerosakan yang agak tinggi ini, kami sekali lagi menyarankan anda melabur kepada sebuah kerangka tahan lasak bergred tinggi. Ia mungkin mahal tetapi jauh lebih murah berbanding kos membaiki kerosakan.

0/komen