Ku Pendam Rasa Cinta Hingga Selamanya



Ketika aku sibuk melihat-lihat album gambar lama ku..mataku tertancap pada satu gambar..gambar yang memperlihatkan kemesraan 6 insan yang pernah bergelar pelajar nakal di kelas 5 Sains Kejuruteraan. Aku tersenyum sendiri takala melihat gambar itu. Terlalu banyak memori yang indah bersama mereka yang sukar di lupakan. Dalam gambar itu, hanya aku seorang gadis yang menjadi penyeri dalam persahabatan kami.

Aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh Adrian, Wan, Max, Jay dan Fazri.
Persahabatan kami bermula apabila kami ditempatkan dalam satu kelas yang sama dimana aku hanya mengenali Adrian, bekas rakan sekelasku ketika kami berada di tingkatan 1 dan 2.Selepas itu Adrian berpindah ke SMS dan berkawan dengan Jay. Manakala Wan dan Max pula berasal dari sekolah lain dan merupakan rakan karib. Fazri dan aku sama-sama bersekolah di tempat yang sama tetapi tidak pernah bersua apatah lagi bertegur sapa. Setelah sebulan berada di kelas yang sama aku jarang sekali bercakap dengan mereka berempat kecuali dengan Adrian kerana aku merasakan Max seorang yang kuat perasan dan berlagak.

Wan pula dengan perangainya yang tak tahu malu asyik meminta itu ini dari pelajar perempuan. Jay pula seorang yang terlalu obsess dengan muzik kerana hari-hari ku lihat dia membelek-belek kayu drumnya serta berlagak seolah-olah dia sedang bermain drum di hadapan 100000 peminat. Manakala Fazri seorang yang agak nerd. Ketika cikgu tiada, dia akan mengulang kaji pelajaran atau melukis binatang- binatang aneh yang sukar ku tafsirkan. Tetapi mereka berlima mempunyai persamaan iaitu bersikap gila-gila dan lucu, agak sekepala dengan diriku. Kami hanya menjadi rapat setelah bertemu dengan tidak sengaja dalam satu studio jamming yang sama di mana kebetulan aku dan Adrian sedang mencari pemain drum, guitarist, dan bassist. Aku dan Fazri pula sebagai vokalis dan semestinya Jay jadi drummer, Max jadi guitarist dan Wan bermain bass. Adrian hanya jadi pemerhati ketika itu.

Sejak dari hari itu kami berenam mula menjadi rapat.Mereka gemar membuli aku dan seringkali membuat aku geram, terutamanya Jay. Apabila aku baru nak melepaskan rasa marah dengan selamba Jay berkata "Haih..datang bulan ke makcik?" Sungguh, aku pasti tidak jadi marah apabila dia mengusik ku sedemikian. Seringkali juga kami ponteng kelas Matematik Tambahan kerana cikgunya yang garang tak bertempat. Kadang kala mereka melepak di rumah ku yang berada tidak jauh dari sekolah. Semestinya terlalu banyak permintaan di buat, menyuruh aku memasak itu dan ini, pasang air cond, tv, computer, hi fi, dan paling ku benci apabila mereka menyuruh aku membeli rokok untuk mereka kerana mereka malas hendak berjalan padahal jarak ke kedai runcit cuma 100m sahaja, Sudah pasti jika aku enggan ugutan bahawa mereka akan memberitahu Zul (senior ku di sekolah yang aku minati) bahawa aku menyintai dia.

Bengang sungguh kurasakan. Menyesal aku memberitahu rahsia ku itu. Antara mereka berlima, aku paling rapat dengan Max malah sebenarnya ibu bapa kami bersahabat dengan baik. Meskipun Max turut serta join the club gemar membuat kan ku geram tetapi dia sering mempertahankan aku dari Jay dan Wan yang selalu cuba ingin membuat ku marah.Kata mereka kalau aku marah best sangat kerana aku ni seorang yang terlalu happy go lucky dan mereka bosan melihat aku asyik ceria..aku pun tak faham mengapa mereka berkata sedemikian. Semasa kami berada di tingkatan 5, aku telah bercinta dengan seorang lelaki cina, Alfred, yang ku kenal ketika aku menyertai pertandingan bola keranjang. Mulai dari itu, hidup ku berubah, aku bertambah ceria dan apabila mempunyai masalah aku mencari Fazry kerana hanya dia yang ku senang berbual tentang cinta. Aku mulai mengabaikan Max kerana tidak mahu terlalu rapat dengannya seperti dulu. Max tetap seperti biasa, begitu juga dengan yang lain kecuali Adrian.

Adrian menasihati ku agar jangan terlalu mempercayai teman lelaki ku itu kerana dia seperti seorang playboy. Suatu hari, Alfred mengatakan bahawa dia telah mempunyai teman wanita baru dan ingin memutuskan perhubungan kami, aku hanya terdiam dan terus pergi ke sekolah. Sampai di kelas, semua hairan melihat aku duduk di belakang dengan wajah sedih. Max seakan-akan tahu apa yang terjadi dan dengan lembut dia berkata ‘Sudahlah, banyak lagi lelaki lain'. Sejurus saja dia berkata sedemikian aku terus memeluk dan menangis di dadanya. Habis lencun basah baju sekolahnya terkena air mataku. Mujurlah tiada yang perasan aku menangis ketika itu. Hati ku begitu sedih dan terluka. Itula pertama kali ku kenal erti cinta monyet dan duka yang amat sekali. Adrian dan Jay pula hanya mampu memberikan kata-kata semangat manakala Wan dan Fazri mengatakan akan mencarikan aku 10 lagi taukeh cina yang menjual ayam dan semestinya lebih kaya. Aku hanya tersenyum hambar.

Selepas pulang dari sekolah, aku menaiki bas pergi ke Pekan kerana ingin mendamaikan hati yag luka.konon-konon la. Aku pergi ke cyber dan bermain game berjam-jam lamanya. Aku sedar Max mengekori aku namun tidak ku layan dirinya. Dalam fikiran ku, aku hanya menginginkan Alfred kembali. Tanpa ku sedari aku hampir saja melintas jalan yang penuh dengan kereta yang lalu lalang namun tangan kanan ku di tarik oleh Max. "Nak mati ker hah? Aku belikan kau racun tikus, nak tak??!" Dia kelihatan marah dan aku terkedu serta membisu. Max membawaku pulang dan menyuruh aku beristigfar banyak-banyak. Malamnya, aku menghantar sms meminta maaf kerana berkelakuan bodoh, dia hanya membalas "don't let us lose you, we will always by your side, silly girl!" aku tersenyum dan bertekad untuk melupakan Alfred biarpun payah.

Setelah beberapa bulan, aku berjaya melupakan Alfred meskipun dia datang untuk memulakan semula hubungan kami tetapi aku tetap dengan keputusanku enggan bersama semula kerana puas aku di leteri oleh Fazry ketika ku bergurau bahawa aku dan Alfred bersama semula. Ketika itu aku lihat wajah Jay berubah, dia hanya memandang ku dengan seribu persoalan, cepat-cepat ku cubit pipi nya dan mengacau rambutnya sambil berkata ‘Im kidding okay.." Dia tersenyum dan menulis sesuatu di buku Kimia ku "Don't Leave The One You Love For The One You Like…Because Im Gonna Kill You" kami sama-sama tertawa membacanya..

Wan berkata " sejak bila ko ni pandai tulis orang putih ha? Baru tu suka ati mak nenek engko jer ubah ayat tu" Aku pula merasa bahagia kerana mempunyai sahabat seperti mereka yang sentiasa bersama ku ketika suka dan duka. Kerana mereka la aku kembali ceria seperti dulu dan tidak ku lupakan tanpa Max yang sering menemani ku bersms, membawa aku berjalan-jalan dengan kereta ayahnya tanpa kebenaran, menghiburkan aku dengan cerita betapa ramai gadis-gadis mengilainya dan memberi aku coklat satu kotak di balut dengan pembalut hadiah berserta kertas yang ditulis "RACUN TIKUS UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA" membuatkan aku merasa gembira dan timbul satu perasaan yang sukar untuk ku percayai..

Ya aku jatuh cinta dengan dia, dengan kawan baik ku..aku mengutuk diriku mengapa aku boleh menyalah tafsirkan kebaikannya. Aku sering kali cuba untuk melupakan perasaan ini namun sukar. Pernah aku memakai lip gloss di bibir ku dan mereka berlima berabis mentertawakan ku sambil memerli bahawa aku berangan nak macam bibir Angelina Jolie. Hati ku begitu sakit melihat Max juga mentertawakan ku, padahal ini bukanlah kali pertama mereka membuli aku. Entah apa yang lucu aku pun tak tahu. Ini baru memakai lip gloss, belum lagi aku bergincu dan bermekap. Mungkin ketawa mereka sampai esok pagi pun tak habis lagi melihat rupaku. Petang itu, Max ke rumah ku, bukan dengan tangan kosong, ku lihat ada plastik di tangan nya. "apa hal? Dah, aku tak der duit nak beli kain, pulang, pulang..hoshh,,," kataku sambil berpura-pura menutup pintu pagar.

Dia hanya tersengih-sengih macam kerang busuk dan berkata "ni haa..racun tikus buatan Jerman nak bagi kat engko..nak ker tak?" dengan cepatnya aku terus jemput Max duduk di taman mini rumah aku, "Heheheh..boleh tengok tak racun tikus ko tu?" "Nah..just for you.." Aku terharu melihat T-shirt merah jambu pemberiannya yang tertera nama ku dan gambar seorang kartun gadis sedang memetik bunga. Di bawah gambar itu ayat "Made By Max" tertera. "Uhhmm Thanks ya..sayanggggggggg Max, kau lah yang terhensem di dunia " kataku.Dia kemudiannya meniup rambut depan nya yang terjuntai "fuh..tengok orang lah..of course I handsome" "lerrrr dasar kuat perasan betul dia ni.." kata ku..

Malam tu, aku segera memakai t-shirt itu dan bergambar menggunakan handphone..lalu ku hantar mms kepada Adrian, Jay, Fazri dan Wan.. saja jer nak menunjuk-nunjuk. Keesokkan harinya, Jay berkata "ada orang buat baju tapi tak buat kan untuk kita, untuk si mak cik kepoh ni jer dia buat" "amboi ada orang jeles" kata ku. "Max takkan ada hati kot dengan dia?" kata Fazri pula. Aku menaham rasa debar di dada, entah mengapa pertanyaan itu membuatku berdebar. Max hanya berkata "Alah relax la, ada masa aku bagi korang juga" katanya. Tidak lama kemudian ku lihat Max sedang mengusik seorang pelajar perempuan dari kelas sebelah. Cemburu? Ya aku cemburu. Sedangkan selama ini dia sering mengusik murid-murid perempuan tetapi aku hanya tersenyum melihat tingkah nya dan langsung tidak muncul perasaan cemburu. Adrian melihat raut wajah ku dan berbisik "Jealous ker?" aku menumbuk lengannya dan berkata "kau gile ker aku nak cemburu?" dan berlalu pergi meninggalkan dia yang sedang mengeluh kesakitan.

Tepat jam 12.00 pagi..ku hantar kan sms kepada Max dengan ucapan selamat hari jadi..

"thanks a lot you're the first.."balasnya.. mata pula mengantuk lalu aku terlelap..

Aku ke sekolah bermain bola keranjang bersama Adrian dan Jay. Dari jauh ku lihat Fazri dan Max bermain tennis namun segera ku pendamkan hasrat untuk memanggil mereka…

Ingin ku berikan Max hadiah hari jadi nya, patung beruang yang kecil dengan tulisan "friendship forever". Aku merenung kata-kata itu "huh, tak boleh ker couple forever?"

Lalu aku tersenyum seorang diri..Ku lihat semula di gelanggang tennis, "laaa dah balik da dorang…humm x best langsung" kataku dalam hati.
Malamya, aku menerima panggilan dari Max.."ko busy ker?" "tak ler, naper?" "ermm ada majlis kat rumah aku nak jemput ko ni" belum sepat aku berkata apa-apa dia terlebih dahulu memberi jawapan "ok..get ready in 5 minutes, I'll pick you up" "Tolonglah mamat ni..aku belum minta kebenaran lagi dengan mak aku dah buat keputusan" Selepas mendapat kebenaran dari mak aku, tak sampai 5 minit pun Max datang. Dia membunyi kan hon kereta. Aku tergesa-gesa masuk ke dalam keretanya. "Aik, aku sorang jer ker yang kau jemput? Yang lain?'' ‘'Dah dorang tinggal kat asrama, mestilah tak boleh kuar suka ati" ‘Yelahh..Lupa, hehehe" "Assalamualaikum" aku mengucapkan salam lalu bersalaman dengan ibu serta kakak nya. "jemput makan, buat macam rumah sendiri" kata ibu nya… Selepas makan, Max membawa aku ke bilik bacaan mereka, dia membuka komputer dan mula memainkan lagu-lagu retro dan alternative untuk ku dengar kata nya.

Agak lama aku dan Max berdua-duaan di bilik itu..Max asyik dengan game counter-strike nya, aku mulai berasa bosan dan mencuri-curi pandang wajah nya. Ya dia kelihatan cute, kenapa aku baru menyedarinya sekarang? Kenapa tidak dulu? Ya Allah, mengapa aku boleh jatuh cinta dengan dia? Tolonglah hapuskan perasaan ini..Amat sukar untuk ku teruskan menahan rasa cinta yang terpendam. Aku bermonolog sendirian tanpa menyedari rupanya Max memanggil ku.." Berangan apa tu?" "Nak jadi kaya..nak kawin anak Datuk" "Insyallah aku akan jadi kaya nanti" "Kalau gitu kita kawin, nak?" lancar saja mulut ku memberi cadangan bodoh.

Dia merenungku.."ada apa?" kata ku… mukanya semakin menghampiriku.."Oh tidak..please jangan…." Kata ku dalam hati.. "Gotcha! Haaha ada taik mata tu…." Dengan mata yang terkebil-kebil aku membersihkan mataku.."Ceh aku ditipu rupanya" getus hatiku.. "Ok la dah nak pukul 10 mari aku hantar kan ko pulang" "Tak nak, nak tidur sini.." aku bergurau.." Nak buat aper? Aku takut kene rogol oleh kau nanti" "Bengap juga dia ni tau, dah lah jom arr.." Masuk saja dalam kereta aku memberikannya hadiah yang ingin ku beri petang tadi." Eh tak perlu la susah-susah" katanya sambil membuka balutan hadiah itu."Mak oi, tak yah susah-susah konon padahal tangan sibuk juga nak buka hadiah, buruk btul perangai ko ni kan" kata ku…"Thank you okay…..ikhlas nie" katanya sambil tersenyum." Ok dah sampai dah.." Aku segera turun dari kereta tak sanggup rasanya nak berdua-duaan dengannya lagi. "Allright, thank you, happy birthday…" "Em..tunggu jap, awak tak nak bagitau saye aper-aper ker?" aku bingung dengan soalannya.. "Bagitau aper?" "Takder lah…ok, gud nite.. sayang dulu boleh tak" dengan lagak manja dia berkata.

Aku tersenyum.."Dah,dah..balik,la, tak baik lama-lama kat sini" "Hmm ok..bye" katanya"Max, tunggu, mmmmmmmuahhh.." aku memberinya blow kiss..Dia hanya tersenyum manis. Sejak malam itu aku yakin perasaan ku terhadap Max semakin bertambah.

Setelah tamat tingkatan 5, kami berenam masing-masing membawa haluan diri. Adrian dan aku menyambung pelajaran di UiTM. Jay berkerja di hospital. Fazri menyambung pelajarannya ke tingkatan 6, Wan dan Max ke Politeknik yang berlainan. Sehingga kini kami masih berhubungan antara satu dengan lain. Setahu aku Max sekarang mempunyai teman wanita, aku cuba untuk menerima kenyataan itu biarpun pahit dan perasaan cintaku ini akan ku simpan buat selamanya di hati ku. Biar ku pertahankan cinta ku padanya selama 4 tahun lamanya. Aku doakan agar dia bahagia sekiranya dia menemui gadis pilihan hati nya yang sebenar. Aku pula masih single dan jauh di sudut hati kecil ku mengharap agar ada cinta darinya buat diriku.Biar hanya sesaat, aku tetap akan puas!



0/komen