Memori HBM2



Memori HBM2 dikenali ramai sebagai cip memori yang digunakan didalam kad grafik AMD Radeon VII yang diperkenalkan beberapa tahun lalu. Sayangnya, memori tersebut dikatakan agak mahal untuk dibangunkan dan tidak mempunyai jumlah yang cukup besar untuk digunakan.

Sehingga ini, hanya SK Hynix dan Samsung membangunkan memori berprestasi tinggi ini, tetapi Micron, syarikat pembina cip memori dan storan Micron dilaporkan akan membangunkan cip tersebut juga sekitar tahun ini.

Sebelum ini, mereka membangunkan cip memori mereka sendiri yang dinamakan Hybrid Memory Cube, tetapi ia tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, oleh itu mereka telah mengubah pelan untuk membina memori HBM2 yang lebih diingini.

Pengumuman peralihan daripada HMC kepada HBM2 telah diumumkan pada tahun 2018, dan kini Micron akhirnya sedia untuk membangunkan cip memori generasi baru tersebut, menjadikannya salah satu daripada tiga syarikat pembangunan cip di dunia yang boleh membangunkannya.

0/komen