Mi TV 5 Pro



Di China, Xiaomi mempunyai banyak variasi televisyen pintar. Daripada variasi yang biasa, pro, sehinggalah dalam siri Redmi. Antara yang terbaru adalah Xiaomi Mi TV 5 dan Mi TV 5 Pro. Variasi Pro ketika dilancarkan tahun lepas, hanya mempunyai tiga pilihan saiz – 55″, 65″, dan 75″. Kesemua televisyen ini adalah televisyen yang menggunakan teknologi paparan quantum dot QLED dan menyokong resolusi sehingga 8K.

Terkini, mereka mengumumkan yang akan hadir dengan variasi televisyen lain pula. Ia akan kekal menggunakan teknologi yang sama dengan Mi TV 5 Pro, iaitu QLED. Spesifikasi juga dikatakan akan sama, iaitu memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB, dijana cip pemproses Amlogic T972, menyokong resolusi 8K, HDR10+, Dolby Audio, dan menjalankan sistem operasi Xiaomi PatchWall. Tetapi saiz untuk televisyen baharu ini adalah mencecah 100-inci.

0/komen