Padah Hulur Makanan Kepada Harimau



LELAKI warga emas ini dirakam menghulurkan tangan untuk memberi makanan kepada seekor singa dan harimau sarkas di Xichuan, tengah China.

XICHUAN, China – Seorang pesara di sini cedera apabila digigit seekor harimau sarkas ketika dia memasukkan tangan ke dalam sangkar untuk memberi makan kepada haiwan tersebut pada Rabu lalu.

Kejadian di tengah wilayah Henan itu berlaku selepas sebuah trak yang membawa beberapa ekor haiwan sarkas tiba di sebuah plaza di bandar itu. Dilaporkan pertunjukan sarkas itu akan diadakan pada malam tersebut.

Lelaki warga emas itu telah menghampiri sangkar seekor singa dan seekor harimau sebelum menghulurkan makanan kepada haiwan terbabit. Bagaimanapun, tiada pekerja sarkas yang melarang tindakannya itu.

Singa tersebut dilihat berlalu selepas mengambil makanan yang diberikan, namun harimau itu pula bertindak menggigit tangan kanannya serta enggan melepaskannya.

Seorang lelaki yang melihat kejadian terbabit telah menggunakan kayu panjang untuk memaksa haiwan tersebut melepaskan tangan lelaki berkenaan.

Lelaki warga emas itu kemudian dilihat pengsan di atas jalan dengan tangan kanannya mengalami pendarahan teruk


0/komen