‘Potong’ Double Line, Habis Penunggang Motor Kena Langgar



kejadian ini  telah mendatangkan kecederaan kepada dua penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Proton Pesona ni dipandu dalam keadaan sangat bahaya. Memotong di selekoh dan double line di Jalan Paya Terubong dekat Green Garden jam 7 pagi kelmarin. Dua penunggang motosikal telah cedera. Sapa dapat kenal pasti pemandu Pesona ini segera hubungi pihak Polis sampaikan maklumat.

Kita cari sampai dapat agar spesis seperti ini tidak membiak dengan lebih ramai lagi membahayakan dan boleh membunuh orang lain. Berdasarkan lampu double signal yang ditunjukkan mungkin dia dalam kecemasan tapi ia tidak menghalalkan pemanduan yang merbahaya sebegini !

Pemandu kereta tersebut dipercayai memotong selekoh dan double line sehingga melanggar dua penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan. Kedua-dua penunggang motosikal itu mengalami kecederaan. Manakala, pemandu tersebut melarikan diri sebaik sahaja melanggar kedua-dua mereka. Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 7 pagi itu sedang disiasat oleh pihak polis.



0/komen