Resepi Nasi Kerabu



Kuah Sambal Tumis

Bahan-bahan:

  • 10 cili kering – di kisar
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – di ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 3 ulas bawang merah – di kisar
  • 1 biji bawang besar – di kisar
  • 1/2 labu bawang putih – di kisar
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu kecil garam bukit halus
  • 2 sudu besar budu
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 cawan air
  • minyak masak


Cara masak kuah sambal tumis:

  1. Tumis cili, bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan santan. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.
  3. Masukkan serai dan asam keping hingga air mendidih.
  4. Masukkan budu dan gula.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga pecah minyak.
  6. Tutup api.


Sambal ikan

Bahan-bahan:

  • 1 biji kelapa parut
  • 7 ekor ikan sardin – di rebus, di ambil isinya dan tumbuk
  • 5 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 1/2 sudu kecil garam


Cara buat sambal ikan:

  1. Goreng kelapa parut dengan api perlahan supaya tidak keperangan. Tumbuk kasar.
  2. Masukkan serai, bawang merah, garam dan gula secukup rasa. Tumbuk hingga hancur.
  3. Masukkan ikan sardin dan kelapa goreng yang telah di tumbuk. Gaul hingga rata.


Sambal Cili

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg cili – di basuh
  • limau nipis/cuka
  • asam jawa
  • belacan
  • gula dan garam secukup rasa


Cara buat sambal cili:

  1. Cili, limau nipis, asam jawa, belacan, gula dan garam di kisar. Boleh gunakan mixer.
  2. Kalau nak rasa lebih sedap, tumbuk je semua bahan.


Ulam-ulaman

Bahan-bahan:

  • Kubis
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan


Cara buat ulam-ulaman:

  1. Hiris halus kubis, timun, kacang panjang, daun kesum, dan bunga kantan. Gaul semua bahan.
  2. Ulam-ulaman sedia untuk dihidangkan.


Anda yang sudah cuba resepi nasi kerabu ni boleh tambahkan keropok goreng, telur masin, dan bawang putih jeruk untuk di atas nasi. Walaupun penyediaannya agak rumit, tapi bila sudah terhidang di atas meja rasa seronok.



0/komen