BAHAN - BAHANNYA :-)
- 400 gram sotong
- 1 camca teh tepung jagung
- 3/4 cawan cili kisar
- 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
- 1/4 cawan jus asam jawa
- 1 camca besar rata gula
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa jika suka
BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
- 1 biji bawang besar potong
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sotong diasingkan kepalanya, buang segala kotoran, muncung sotong dan juga bahagian matanya. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus (itu jika anda guna sotong saiz kecil , kalau guna saiz besar, boleh potong blat sahaja).
- Cuci dan toskan kesemuanya. Kemudian gaul dengan tepung jagung hingga rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
- Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau dan masukkan sotong, gaul rata dan tambah bawang besar. Kacau dan masak hingga bawang lembut dan sotong bertukar warna. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan sambal tumis sotong dengan nasi panas, telur dadar dan ulam timun.
Tujuan gaulkan tepung jagung dengan sotong ialah untuk mengelakkan sambal tumis menjadi terlalu berkuah, sotong akan mengeluarkan air. Jangan masak terlalu lama, nanti sotong jadi liat....Selamat mencuba semua!!
Catat Ulasan