Sebuah lagi peranti telah dilancarkan oleh Samsung. Samsung Galaxy M11 telah disenaraikan di laman Samsung UAE hari ini dan ia adalah sebuah peranti kelas permulaan yang dilengkapi tri-kamera utama.
Galaxy M11 dilengkapi skrin 6.4″ LCD HD+ dengan lubang skrin untuk kamera swafoto, dijana cip Snapdragon 450, memori sehingga 4GB, storan sehingga 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB. Bateri yang disertakan adalah sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.
Kamera utama menggunakan sensor 13MP (F1.8) sudut lebar, 5MP (F2.2) sudut ultra lebar dan 2MP (F2.4) pengesan kedalaman. Kamera swafoto pula adalah sekadar sebesar 8MP.
Peranti ini walaupun sebuah peranti kelas permulaan, menggunakan Android 10 dengan pelancar One UI 2.0. Pengimbas cap jari fizikal turut diletakkan pada panel belakang bagi pengguna yang memerlukan sokongan sekuriti imbasan biometri.
Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan diumumkan pada waktu ini. Tetapi berdasarkan spesifikasi ia adalah sedikit lebih baik berbanding Galaxy A11 yang dilancarkan dua minggu yang lalu,
Catat Ulasan