AKIBAT penularan Covid-19, masyarakat global mula mengamalkan penjarakan sosial.
Langkah itu ternyata mengurangkan interaksi antara manusia apabila perlu mereka perlu menjarakkan diri antara satu sama lain.
Bagaimana dengan dunia percintaan? Di Brooklyn, Amerika Syarikat, seorang lelaki menggunakan teknik kreatif untuk memikat gadis dalam tempoh itu.
Jeremy Cohen mengajak seorang perempuan untuk keluar dan menghantar nombor telefonnya menggunakan dron.
Ujar Jeremy, dia melihat dari tingkap kediamannya seorang gadis sedang menari.
Dia kemudiannya menulis nombor telefon atas sekeping kertas sebelum menghantarnya menggunakan dron.
"Saya tulis nombor telefon dan lekatkan pada dron.
"Memikat gadis memang menakutkan tapi saya kena kuarantin dalam apartmen.
"Saya memerlukan interaksi sosial. Ia agak menjadi dan dia sudah mesej saya," ujar Jeremy lagi.
Catat Ulasan