Ayam Rebus Boleh Buat Si Bulus Sihat Dan Gemuk



Ayam rebus boleh dijadikan sebagai makanan tambahan kepada si bulus anda.

AYAM rebus dan kucing memang sudah sinonim bagi kebanyakan pencinta si bulus.

Sesetengah orang lebih suka memberi 'treat' atau upah mingguan kepada haiwan kesayangan mereka itu dengan membeli pelbagai 'jajan' atau makanan basah yang dijual di kedai peliharaan haiwan.

Namun anda perlu mengawal jumlah makanan sampingan itu memandangkan ia boleh memberi kesan dan pelbagai risiko kesihatan kerana mungkin kandungan yang tidak seimbang dalam makanan itu seperti jumlah garam yang tinggi, bahan perasa atau sebagainya.

Kepada pecinta kucing, jangan risau kerana ada menu terbaik untuk si bulus yang boleh dijadikan upah untuk mereka.

Apa kata anda cuba memberi ayam rebus seminggu atau dua minggu sekali.



Ayam rebus boleh membantu kucing anda lebih sihat dan gemuk.

Khasiat ayam rebus

Ayam rebus ini bukan sahaja boleh menjadikan kucing anda gemuk, tetapi ada juga yang berpendapat ia boleh dijadikan sebagai pengubat kepada beberapa jenis masalah kesihatan.

Antaranya ia boleh dijadikan sebagai ubat kepada masalah perut kucing yang mengalami cirit-birit. Malah ada juga yang menjadikan ayam rebus ini sebagai sumber tenaga bagi si bulus yang tidak sihat

Lebih menarik ayam rebus boleh membuatkan bulu kucing anda lebih sihat dan gebu.



Ayam perlu direbus terlebih dahulu sebelum diberi makan kepada si bulus.

Cara penyediaan ayam rebus

Disarankan hanya menggunakan bahagian dada kerana mempunyai isi yang penuh.

Rebus tanpa menggunakan bahan tambahan (rebus sehingga 12-20 minit mengikut jumlah ayam).

Selepas ayam sudah masak, anda boleh sediakannya dengan mengisar, dijadikan seperti makanan basah atau mencarik-carikkan isinya menjadi lebih kecil.



Ayam rebus boleh membuatkan bulu kucing anda lebih gebu.

Air rebusan itu juga boleh dicampurkan ketika mengisar dada ayam itu.

Hidangkan seperti memberi makanan harian kepada mereka. Kenyang! 

0/komen