Dell XPS 15 Dan XPS 17


Terkini, tertiris lagi  spesifikasi dalaman kedua-dua komputer riba ini . Diantara kedua-dua model ini, model yang lebih menarik ialah Dell XPS 17, iaitu model 17 inci pertama didalam siri ini yang diperkenalkan sejak 2013.

Kedua-dua model XPS 15 dan 17 hadir dengan empat pilihan CPU, termasuklah Intel Core i5-10300H, Core i7-10750H, i7-10875H and i9-10885H. Melalui maklumat yang diperlihatkan di laman web Dell Perancis, CPU Core i9 yang terbaru yang masih lagi satu misteri ini hadir dengan kebolehan Boost Clock sehingga 5.3GHz.



Dari segi pilihan storan, Dell XPS 17 hadir dengan sokongan untuk dua storan SSD PCIe NVMe, manakala Dell XPS hanya boleh menyokong satu storan SSD tersebut.




Dari segi cip pemprosesan grafik pula, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan model yang dikuasakan Intel UHD 630 Graphics, NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti. ataupun jika anda membeli model XPS 17, anda boleh mendapatkan cip grafik NVIDIA GeForce RTX 2060.

Sayangnya, buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua komputer riba ini akan memasuki pasaran, ataupun tanda harganya.

0/komen