HINKLEY - Seorang bayi yang berumur 14 bulan di sini mempunyai ketinggian mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain.
Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara berkenaan, Amanda Moore yang berusia 25 tahun.
Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.
Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri.
Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter.
Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter.
Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.
"Namun, pada masa sama, saya merasakan perasaan kasih sayang terhadap anak ini. Kami mahukan dia," kata Amanda yang tidak bercadang untuk mempunyai anak kedua.
Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak.
Catat Ulasan