OMBAK Berbentuk Segi Empat



Alam semulajadi memang selalunya tidak gagal untuk mengagumkan kita akan keindahannya. Sama juga seperti Isle of Rhe di Perancis, yang telah memperlihatkan ombak berbentuk empat segi. Bukankah itu sangat menarik?

Fenomena aneh ini berlaku apabila air daripada dua laut berbeza bertembung. Ianya nampak sungguh menarik dan cantik tetapi, ianya boleh menjadi lebih berbahaya daripada air pasang surut.

Ini kerana, banyak kejadian yang berlaku apabila berlaku kemalangan akibat fenomena ini. Ada kapal yang tersekat di dalam ombak ini, dan sekiranya anda berada di dalam laut semasa fenomena ini berlaku, ianya sangat sukar untuk menyelamatkan diri.

Ianya boleh dilihat dengan jelas di Isle of Rhe kerana ianya terletak di antara dua laut melintang.

Jauh di dasar laut di mana dua laut itu bertembung, dua cuaca yang berbeza akan membentuk sistem ombak yang bergerak ke arah bertentangan. Ditambah dengan faktor masa, ia akan menjadikan corak ombak berbentuk empat segi.

Tempat ini turut menjadi tumpuan pelancong. Namun corak empat segi itu sukar dilihat daripada persisiran pantai. Jadi, ramai yang pergi ke sebuah rumah api yang sudah wujud daripada tahun 1800-an untuk menyaksikan daripada jarak yang lebih tinggi.

Ia nampak jauh lebih cantik apabila melihatnya daripada jauh atau daripada udara.


0/komen