OnePlus 8 Pro Dan 8



OnePlus kini  telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri OnePlus 8. Dua model diperkenalkan, iaitu OnePlus 8 dan juga OnePlus 8 Pro.

OnePlus 8 Pro hadir dengan skrin 6.78-inci dengan paparan resolusi QHD+, selain penawaran kadar segar semula 120Hz padanya. Ini sekaligus menawarkan bentuk animasi yang lebih lancar, selain pengalaman permainan yang lebih baik menggunakannya.

Menjana telefon pintar ini adalah OnePlus 8 Pro adalah cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM berasaskan LPDDR5 RAM, storan berasaskan UFS 3.0 sehingga 256GB, selain dilengkapi bateri 4510mAh. OnePlus melengkapkan bateri pada OnePlus 8 Pro dengan sokongan pengecasan pantas Warp Charge 30T dan juga Warp Charge 30 Wireless – sekaligus menawarkan sokongan pengecasan nirwayar bersama dengannya.




Pada bahagian kamera, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel. Melengkapkannya juga adalah sensor 48-megapixel ultra-lebar, sensor telefoto 3x, dan juga sensor untuk penuras warna.

Telefon pintar ini juga turut hadir dengan sokongan kalis air IP68 bersama dengannya. Kedua-dua telefon pintar dibawah siri OnePlus 8 ini menyokong rangkaian 5G bersama dengannya.



OnePlus 8 pula hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, yang mana turut hadir dengan cip berkuasa Snapdragon 865. Disamping itu, ia turut menawarkan storan berasaskan UFS 3.0, tetapi tidak menawarkan penggunaan RAM yang efisien seumpama versi Pro. OnePlus 8 turut hadir dengan bateri 4300mAh dan menyokong WarpCharge 30T – dimana tiada sokongan pengecasan nirwayar.



Pada bahagian belakang, OnePlus 8 sekadar menawarkan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel bersama dengannya. OnePlus 8 turut hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB.

Buat masa ini, tarikh jualan untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi, dan mungkin diumumkan dalam masa terdekat ini. Di Amerika Syarikat, OnePlus 8 akan dijual pada harga bermula $699 iaitu sekitar RM3028, dan OnePlus 8 Pro pula dijual pada harga bermula $899 iaitu sekitar RM3895.

0/komen