Resepi Daging Dendeng



Bahan bahan

  • Daging setengah kilo rebus empuk
  • Bawang merah 5biji
  • Bawang putih 4ulas
  • Halia
  • Serai sebatang
  • Lada hidup 1btg

(blend semua sekali)

  • Cili boh
  • Kicap untuk perap daging agak2 ( perap semalaman)

Caranya
  1. daging yang dah rebus empuk di perap dengan kicap paling kurang 1jam di tumbuk bagi leper skit dan di goreng manja..
  2. tumis bahan blend hingga kering dan masukkan cili boh
  3. dah kering bahan tumis tadi masukkan daging yang dah digoreng tu
  4. masukkan lebihan kicap yang perap daging tadi
  5. perasakan dengan perasa dan garam sikit..jangan banyak sebab kicap dah masin..masaklah sehingga betul2 kering dengan api yang slow..

Boleh tahan berbulan dalam peti.

Siap!!! Selamat mencuba ya..

0/komen