Resepi Sup Ayam



Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
  • daun bawang dan daun sup dimayang halus
  • 5 batang lobak merah - potong kecil
  • 2 biji pelaga
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 biji kentang - dipotong baji
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 buah kol - optional
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • minyak untuk menumis
  • 3 cawan air + 1/2 sudu gula



Bahan Kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - sangai dulu
  • 1 sudu kecil jintan putih - sangai
  • garam secukupnya



Cara Penyediaan

  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang hingga pecah minyak kemudian masukan ayam dan biarkan sekejap.
  2. selepas tu masukan air yang sudah di campur gula dan biarkan merenih. bila sup tadi sudah mulai mendidih masukan kol, kentang, lobak merah dan masak hingga empuk menggunakan api sederhana.
  3. kemudian masukan tomato dan perasakan dengan sedikit garam dan masak kembali hingga masak. akhir sekali, bila hendak dihidangkan taburkan daun bawang dan daun sup.



0/komen