Xiaomi Mi 10 Lite 5G



Xiaomi Mi 10 Lite telah dilancarkan untuk pasaran global beberapa minggu yang lalu tetapi maklumat mengenai spesifikasi lengkapnya tidak pula dikongsi. Kini Xiaomi Mi 10 Lite 5G secara rasmi telah dilancarkan di China dan akhirnya kesemua persoalan mengenainya terjawab.

Xiaomi Mi 10 Lite 5G dilengkapi skrin 6.57″ SAMOLED FHD+ HDR10+, dijana cip Snapdragon 765G, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256 GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4160 mAh dengan pengecasan pantas 22.5W menerusi port USB-C.



Kuad-kamera utama menggunakan sensor 48+8+8+2 Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel. Kamera utama menyokong lensa sudut lebar, sistem zum optikal 5X (digital 50X), sudut ultra-lebar dan lensa makro terbina. Kemampuan rakaman vide0 pula adalah sehingga 4K 60 pada kamera utama dan 1080P 60FPS  pada kamera hadapan.

Antara ciri menarik yang diperkenalkan pada peranti ini ialah mod gambar dan video yang diberi nama AI Magic Doppelganger yang membolehkan anda merakamkan diri sendiri dan “kembar” di dalam satu video. Selain itu mod Kaleidoskop dan Dual Scenes turut diperkenalkan.


Sistem operasi Android 10 digunakan dengan pelancar MIUI 11. Sokongan rangkaian 5G SA dan NSA turut disokong juga talam untuk dwi-SIM. Bicu audio 3.5mm dan pemancar infra merah masih disertakan walaupun ia kini semakin pupus pada peranti yang lebih premium.

Xiaomi Mi 10 Lite 5G dijual pada harga bermula dari RMB 2,099 (~RM 1291) sebuah dalam warna hitam, putih, hijau, biru, dan oren. Peranti telahpun melepasi laman sirim di Malaysia dan pastinya akan dilancarkan di negara kita dalam masa terdekat.

0/komen