SEEKOR anak anjing berusia enam minggu telah direbus hidup-hidup dan dicampak dari tingkat empat oleh tuannya hanya disebabkan binatang itu mengunyah telefon bimbitnya di Chengdu, China.
Anak anjing dikenali sebagai Tuffy itu bagaimanapun berjaya diselamatkan hasil keprihatinan orang ramai.
Tuffy ditemui oleh Yan Yingying dan kemudiannya membawa anjing berkenaan ke klinik haiwan.
Disebabkan kecederaan yang dialami oleh Tuffy adalah teruk maka Yan telah menghubungi pertubuhan Animal’s Asia yang kebiasaannya merawat dan menyelamat beruang untuk membantu.
Pertubuhan itu kemudiannya menyediakan rawatan kulit disebabkan luka melecur yang teruk yang dialami oleh anjing berkenaan, meliputi 60 peratus badannya.
Disebabkan kecederaan itu juga, anak anjing terbabit terpaksa tidur dengan mata terbuka kerana kelopak matanya tidak boleh ditutup akibat cedera.
Tuffy kemudiannya terpaksa dibalut selama berbulan-bulan dan disuntik dengan ubat penahan sakit sepanjang masa.
Selain itu, pakar khas dari Hong Kong telah diterbangkan ke China untuk membolehkan rawatan pemisahan kaki dan matanya dilakukan kerana ia melekat.
Kini, Tuffy semakin sembuh dan ditempatkan bersama Yan.
Catat Ulasan