Fon Telinga Oppo Enco W31



Serentak dengan pelancaran Oppo A92 di Malaysia, fon teligan TWS Oppo Enco W31 juga dilancarkan. Fon telinga bluetooth ini adalah dari jenis rekaan earbuds bertangkai dengan pod pengecas berbentuk bulat. Rekaan pod pengecas yang padat ini menurut Oppo memudahkan ia disimpan di dalam poket.

Dari segi spesifikasi Enco W31 mempunyai pemandu audio sebesar 7mm dan pada bahagian sisi terdapat sokongan kawalan sesentuh. Ia menyokong codec AAC dan mikrofon untuk melakukan panggilan telefon. Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga 3.5 jam atau 15 jam keseluruhannya dengan penggunaan pod pengecas. Apabila kehabisan bateri, Enco W31 boleh dicas semula menggunakan port USB-C.

Akhir sekali ia boleh digunakan untuk bersenam kerana mempunyai ketahanan kali air IP54. Di Malaysia sepasang Oppo Enco W31 dijual pada harga RM259 tetapi jika pra-tempahan dilakukan ia boleh dimiliki pada harga RM199 sebuah.


0/komen