Hutan ini terletak di kaki gunung fuji di Jepun Oleh Kerana terlalu kerap hutan ini dijadikan tempat membunuh diri oleh orang Jepun yang kecewa sehingga ianya dikatakan tempat yang paling popular untuk orang Jepun membunuh diri.
Hutan ini dijadikan tempat untuk membunuh diri sejak dari tahun 1950 dan dikatakan lebih 500 orang telah membunuh diri disana dengan purata 30 orang setiap tahun. 78 mayat yang ditemui di hutan ini pada tahun 2002 yang dipercayai membunuh diri telah mencatatkan rekord berbanding 73 mayat pada tahun 1998.
Tidak cukup dengan itu pada tahun 2003 jumlah kes bunuh diri telah meningkat sebanyak 100 orang yang mana kerajaan telah cuba menyembunyikan jumlah itu untuk menurunkan populariti hutan Aokigahara sebagai tempat untuk membunuh diri.
Harakiri ataupun ritual membunuh diri bagi pahlawan Jepun yang telah kalah dalam pertarungan namun telah disalah tafsirkan dan digunakan kerana putus cinta,kemurungan dan lain-lain penyebab.
Kerajaan jepun telah mengambil inisiatif untuk meletakkan papan tanda larangan membunuh diri dikawasan hutan tersebut.
Satu pasukan telah dibentuk sejak 1970 yang terdiri daripada polis,sukarelawan dan wartawan untuk mencari mayat dikawasan hutan tersebut. Sudah tentulah hutan itu amat bahaya dan berpuaka untuk dikunjungi, Namun mungkin ada yang berani untuk pergi kesana. Anda ada berani ?
Catat Ulasan